200% trust on ALLAH!

200% trust on ALLAH!

Sunday, 25 December 2011

Selamat Tinggal 2011

Assalam semua....

2011 bakal melabuhkan tirainya lagi beberapa hari. Alhamdulillah, semua azam 2011 yang aku rencanakan telah berjaya ku capai. Untuk 2012, berikut adalah perancangan dari ku :

1) Menyiapkan tulisan thesis PhD ku
2) Membentangkan kertas kerja di Persidangan Antarabangsa - aiming for China!
3) Melawat 'kampung' ku di Loughborough - insya Allah Mac 2012
4) Keep fit and back to normal - the lowest rate possible!
5) Menambah aset dan mengurangkan liabiliti - go gurl!

Didoakan pada semua sahabat yang bakal membina azam, mudah-mudahan azam yang baik dengan niat yang ikhlas akan dimakbulkan Illahi. Marilah sama-sama kita beramal untuk bekalan ukhrawi.Wallahualam...

Nota kaki : Dititipkan gambar ADAMAYA attack Dubai dan Italy. Need tips, just mail me....

The best thing at Dubai Airport  - they provided McLaren Stroller for the kiddos
In the middle of Florence a.k.a Firenzia city
In front of hotel at Nice
My dottie really cute - but... huh.....so fussy...
 In front of Vatican City - 8 degree - Aya crying-crying and crying....

Saturday, 10 December 2011

2 weeks deactivated FB

assalam readers,

we will be away for two weeks. Ya Allah plesase provide safety and health to Olin and her family memberes, Amin

Wednesday, 30 November 2011

Goodbye BB, Welcome Galaxy Tab

Assalam readers,

My Blackberry was born approximately same date with my 'Bumblebee' and my Dibo, AYA SOFYA. Unfortunately, my BB did not give good cooperation to me. I am very sad to say Goodbye to Celcom Blackberry Plan, but I have to choose better communication device for personal and business interest.

Finally, here come my Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus. It was born about the same date with my 2nd 2011 mission. Alhamdulillah Allah for the rezeki. May I be Your better servant now and forever, insya ALLAH.

To view more about the device, click http://www.samsung.com/global/microsite/galaxytab/7.0/feature.html?type=find.
Tq to my BB. You have provided me the best services you can.

Welcome to my new Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus. Be good okay!

Footnote : Final week b4 fly to somewhere ;-)

Saturday, 26 November 2011

Miss my blog!

Assalamualaikum readers,

Where am I???? What happen to me???? Long time no see... I really miss my blog but last 2 months since my last entry, I was extremely busy!

1) I had my Agribusiness Management Mid Term Examination, alhamdulillah, I got A-.

2) I already started collecting data for my PhD thesis. So far, half of the respondents have fullfilled my survey. TQ to my assistants , you guys know who you are.

3) My eyes were injured and I need to see Eye Specialist (Insya Allah this coming Wednesday).

4) My maid, AGAIN, going back to Indonesia for good. I need to find replacement ASAP with the REASONABLE price. TQ to some of my friends who introduced me to some agents. Unfortunately, I cannot afford to pay for the services. For me, fees between 6-9K were VERY EXPENSIVE.

5) I was focusing on getting money for the GOLD INVESTMENT. Yeah, I have bought 999 gold for investment. If you guys intrested, just call me okay.

There's few more IMPORTANT events did happened to me in the past few months which I cannot revealed to public yet. No worries, I'm still here and will be updating my blog from time to time.

Footnote : Waiting to change from Blackberry to Samsung Galaxy Note or Galaxy Tab 7.2 (which one is better?) Next week baby!

Monday, 19 September 2011

Tragedi di Hotel Banyak Bintang di BBB

Assalamualaikum pembaca sekalian.

Syawal sudah menghampiri penghujungnya. Begitu pantas masa berlalu. Saya sudah pun memulakan pengajian semula untuk semester ke-4 . Sem ini bakal sibuk sedikit kerana saya ada 1 kelas dan masa untuk mengumpul data sudah tiba!!! Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya beberapa hari yang lalu.

Saya dan keluarga meraikan hari ulangtahun ibu mertua di sebuah hotel bertaraf banyak bintang di satu lokasi yang bukan nama sebenar, BBB. Saya membawa Adam dan Aya manakala biras saya membawa Firas untuk sama-sama makan malam di hotel berkenaan. Pada mulanya, ADAMAYA sukar untuk dikawal kerana keterujaan mereka pada satu tempat baru yang luas dan banyak perkara yang menarik perhatian mereka. Saya seakan sedar ada beberapa pasang mata menjeling ke arah saya dan suami. Akhirnya, anak-anak saya dapat duduk diam kerana Papa mereka bertegas dengan mereka. Sedang kami enak menjamu selera, saya terdengar tangisan kanak-kanak yang datang dari arah tengah restoran. Lama kanak-kanak itu meraung dan menangis. Apa yang membuatkan keluarga kami terkejut, tiba-tiba, kami terdengar bunyi sudu dan garfu besi dihempas dengan kuat datang dari meja belakang kami. Makin kuat kanak-kanak itu menangis, makin kuat pelanggan yang duduk di meja makan belakang kami mengempaskan sudu dan garfu mereka ke atas pinggan kaca. Sampailah satu tahap, saya terdengar mereka marah-marah dan semua ahli keluarga berkenaan, menghempas tuala makan mereka dan beredar menuju ke pintu keluar. Tidak hanya di situ, di pintu keluar, cashier yang bertugas teruk dimarahi oleh "ketua" keluarga itu. Sejurus selepas keluarga itu keluar, kanak-kanak yang menangis tadi diam. Suasana dalam restoran berkenaan sunyi sepi macam dilanda garuda!

Pernahkah situasi begini berlaku pada anda semua? Pada saya, ada tiga pihak yang perlu sedar akan peranan mereka dalam kes ini :

1) Keluarga anak kecil yang menangis : Ibu/bapa/Penjaga perlu sensitif akan ketenteraman pelanggan lain kerana jeritan dan raungan anak mereka sangat mengganggu orang lain yang datang membayar untuk makan di restoran berkenaan. Jadinya, mereka perlulah mententeramkan anak mereka dengan apa cara sekalipun. Mula-mula ADAMAYA juga bising sewaktu kami sampai di situ. Namun, saya dan suami bergilir makan untuk melayan karenah mereka dari membuat bising di tempat awam. Apabila mereka sudah bosan , saya membawa anak-anak saya keluar dari ruang makan tadi. Yang penting perut kenyang, hati senang!

2) Keluarga yang marah teramat sangat tadi : Mereka ada HAK untuk marah kerana mereka bayar mahal untuk makan dengan tenang di situ. Namun, kadangkala kanak-kanak sukar diramal sikap mereka. Seandainya mereka boleh berlapang dada, mereka boleh meminta tukar tempat duduk di ruangan yang lebih privasi dan senyap. Kami meramalkan bahawa "keluarga" ini mungkin tidak biasa melayan kerenah anak-anak kerana yang datang semua sudah dewasa dan nampaknya belum ada cucu lagi. Atau cara mereka dibesarkan dengan penuh disiplin, jadi apabila melihat anak/cucu orang lain tidak berdisiplin, ia mengundang amarah pada mereka.

3) Pihak pengurusan restoran boleh memainkan peranan dengan menegur ibu/bapa/penjaga yang anaknya bising agar dapat mententeramkan anak mereka demi keselesaan pelanggan lain. Mereka perlu menggunakan ayat yang paling berhemah kerana bimbang pula keluarga itu mengamuk dan mengatakan mereka juga bukan makan free di situ.

Dalam hal ini, sikap berlapang dada dan rasa tanggungjawab dapat mengelakkan insiden yang buruk dari berlaku. Dek kerana kurangnya sensitiviti dan tidak berlapang dada, mereka yang tidak bersalah dimarahi dan duit dibazirkan dengan begitu sahaja tanpa dapat makan dengan tenang dan kenyang. Walhal makanan di restoran malam itu sedap-sedap belaka!

Satu cadanga dari keluarga kami untuk semua pengusaha restoran di Malaysia . Sediakan dua ruang makan yang berbeza iaitu a) ruangan keluarga b) ruangan peribadi. Saya masih belum jumpa mana-mana restoran mengamalkan cara begini. Setakat ini yang ada dan perlu juga diteruskan ialah memisahkan ruangan perokok dan tidak merokok.


Nota Kaki : Orang selalu cakap, kalau tak ada anak, mereka tidak akan tahu macam mana karenah anak-anak. Wallahualam....

Monday, 5 September 2011

Raya ADAMAYA 1432H

Assalamualaikum to all readers,

Hope it is not too late for us to wish you all Salam Lebaran Minal Aidil wal Faizin. This year our 1st day Hari Raya theme is Green Leaves. For the past 7 days, menu in d house included Nasi Himpit, Rendang Daging, Ayam masak Cili Api, Mee Keju and also Papa's Favourite Fried Noodles. Mama created a small video clip for all the followers. The song inside is specially dedicated to all my beloved family members and in laws, BFFs, friends, colleagues and YOU! Just enjoy!

Tuesday, 23 August 2011

Naluri Seorang Ibu+Isteri

Assalamualaikum pembaca,

Lagi seminggu umat Islam akan tamat menjalani ibadah puasa. Begitu pantas masa berlalu. Rata-rata status di FB ramai yang sudah tiada mood untuk bekerja Semuanya menghitung hari untuk pulang ke kampung halaman bertemu ibu, ayah, suami, anak yang ditinggalkan dek kerana mencari rezeki di perantauan.

Bercerita tentang persiapan raya, tahun ini tiada yang istimewa bagi saya. Saya sempat ke SOGO minggu lalu. Masya Allah. Walaupun saya pergi pada hari biasa, pembeli sangat ramai juga berkunjung ke situ pada hari berkenaan. Tidak dapat saya bayangkan kalau hari Sabtu atau Ahad bagaimana sesaknya SOGO tu! Saya baru ditawarkan kad emas SOGO dan melaluinya dapatlah beberapa 'privileges' antaranya 2 jam percuma meletak anak-anak di Starz Garden, tingkat 7. Apalagi, saya ambillah peluang yang ada. Adam dan Aya ditempatkan di sana dengan pantauan pekerja dan pembantu rumah saya. Saya dan makcik terus menuju ke destinasi iaitu tingkat 4! Pun ramai, tapi sedar tak sedar, 3 kali saya tawaf level tu. Memang rambang mata memilih busana untuk anak-anak. Selepas lebih kurang 2 jam di situ, saya beredar ke tingkat G untuk membelikan makcik saya beg tangan. Jam sudah hampir ke jam 7 malam. Kami berdua naik ke tingkat 7 , memilih tempat duduk untuk berbuka puasa. Saya membeli nasi ayam, air tembikai dan popia garing yang best sebagai juadah berbuka puasa kami ber5. Adam dan Aya tak tidur langsung sepanjang di tinggalkan di Starz Garden kerana banyak permainan ada di dalamnya. Selepas semua siap makan, kami beredar meninggalkan SOGO menuju ke hentian seterusnya.

Sebelum tidur, sempat saya mengemas beg tangan dan membelek resit-resit belanja siang tadi. Saya merasa 'impressed' hari itu kerana belum pernah seumur hidup saya apabila berbelanja, saya tidak membeli sesuatu untuk diri sendiri. Hari ini, REKOD! 'ZERO' cent for myself! Apa yang saya beli hanyalah untuk Adam dan Aya, suami saya dan makcik saya! Alangkah kuatnya naluri seorang ibu dan isteri hingga tidak sedar tiada apa untuk diri sendiri. Tapi, at the end, I feel satisfied! Niat saya ikhlas untuk melihat anak-anak dan suami cantik dan bergaya. Andai itu bisa dijadikan satu amalan yang mendapat ganjaran yang baik, insya Allah segalanya untuk mereka. Selagi ada hayat, merekalah yang menjadi penghibur saya saat ini. No regret!


Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu.....

                         Larrie Sandals for my adorable ADAMAYA!
                            -most satisfied items I bought in SOGO

Tuesday, 16 August 2011

Life is too short!

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan pembaca yang budiman,

Dalam masa dua minggu ini, dua insan yang rapat dengan saya telah pergi buat selama-lamanya. Awal Ramadhan lalu, seorang guru Bahasa Inggeris yang kaya dengan ilmu dan tidak pernah lokek berkongsi pengalaman dan kepakaran beliau meninggal kerana kanser paru-paru. Mr Prasad, seorang mentor, jiran, guru, sahabat kepada abah saya dan juga saya secara tidak langsung banyak membantu kami anak-beranak dalam soal memperbaiki tahap Bahasa Inggeris kami. Thank You Sir! May you rest in peace. Kelmarin, sahabat baik arwah mak saya juga menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya sendiri selang dua jalan dengan kediamanku. Puan Zainon Hussein a.k.a Mak Knah sudah saya anggap seperti mak saya sendiri.Saat mengiringi pemergian jenazah semalam, tidak tertahan air mata saya apabila bertemu sebahagian besar barisan sahabat-sahabat arwah mak saya. Kami semua berpelukan dan sama-sama menangis. Seorang demi seorang sahabat arwah mak saya pergi meninggalkan kami saban tahun. Itu lah lumrah kehidupan. Hari ini, seorang pergi, hari ini juga seorang umat Nabi lahir ke dunia. Semoga yang pergi akan ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman di alam sana dan yang lahir, bakal menjadi mukmin dan mukminah yang bertaqwa, insya Allah.

Hari ini, 16 Ogos 2011, genap sudah Adam Iman berusia 3 tahun. Selamat hari ulangtahun Adam. Semoga Adam menjadi anak yang soleh dan bakal melimpahkan cahaya untuk mama dan papa di akhirat kelak.

"Apabila matinya seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara, sedekah jariah, ilmu yang diamalkan dan doa anak-anak yang soleh & solehah".

Saat mendengar talkin dibaca, satu perkara terlintas di fikiran hadirin yang hadir. Bilakah pula giliran saya? Life is too short! Be prepared before its ended forever.

Wallahualam... 




Thursday, 11 August 2011

Friends in Great Britain, take care!

Assalamualaikum readers,

At this moment, I just finished touched up my blog. Finally, I felt satisfied with the design and layout. Insya Allah, my blog will be fully equipped with lots more instruments and valuable tools time by time. For this time being, this is what I can do.

Today, menu for breaking my fasting will be steam rice+"bawal" sweet sour+brinjals kurma+custard pudding+kathira = Alhamdulillah,  Syukur with all the rezeki. Somehow, I'm worried thinking about some of my friends who still studying in UK. Sr Hawa and Sr Julia in Manchester, Br Afizan in Loughborough, Sr Matul in Southampton, Br Khair in Oxford, Sr Aida and few more. I believed they all currently quite worried with the riots happened there since last week. What we can do here are praying to Allah that all our fellow friends will be in a good and safe condition.

It is so fortunate living in peaceful and harmonize Malaysia....but yet...we don't know until when...only Allah knows...

Wallahualam...

Monday, 8 August 2011

Best Friend Forever (BFF)

Assalamualaikum kepada pembaca blog saya.

Pejam celik, dah masuk minggu kedua rakyat Malaysia menjalani ibadah puasa. Semoga ibadah kita tahun ini lebih baik dari tahun lepas dan memperoleh ganjaran dari Allah Ta'ala. Insya Allah.

Saat saya menulis entri kali ini, ingatan saya jauh melayang kepada barisan sahabat-sahabat saya sedari sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian, Johor), sekolah menengah (Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, N9), universiti ijazah pertama saya (Multimedia University, Malacca), universiti ijazah sarjana saya (Loughborough University, UK), university tempat saya mengambil doktor falsafah (Universiti Putra Malaysia) hinggalah ke tempat kerja yang memberi saya rezeki setiap bulan hingga kini (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). Dengan berlatar belakangkan lagu Kisah Kita nyayian Alyah, satu demi satu wajah-wajah sahabat-sahabat saya bermain di minda dan seolah melambai-lambai di hadapan mata saya kini.

Jujur, saya katakan, saat saya menonoton episod Stanza Cinta malam tadi, 07 Ogos 2011, saya turut merasai penderitaan watak yang diberi nama Amni di atas pemergian sahabat baiknya Humairah kerana barah hati.

"Doktor tak ada hak nak ambil nyawa dia! Humairah ada hak untuk hidup!" Amni mempersoalkan keputusan yang diambil oleh doktor untuk mengentikan mesin pernafasan kawan baiknya dan terpaksa membiarkan Humairah pergi takkan kembali.

Setakat hari ini, alhamdulillah. Masih belum ada mana-mana sahabat baik saya yang pergi meninggalkan saya dalam apa keadaan jua. Sama ada kemalangan, sakit atau apa jua sebabnya. Saya sangat bersyukur pada Allah, dalam dunia yang serba moden di mana terlalu ramai manusia hipokrit, bertuhankan nafsu dan berkiblahkan materi, saya masih punya sebahagian sahabat yang sudi meminjamkan bahu di saat saya memerlukan, yang sudi menghulurkan nasihat secara gratis saat saya dalam kesedihan, yang mengkiritk saya secara ikhlas tanpa berniat untuk menjatuhkan apatah lagi mengaibkan saya, yang tak putus-putus memberi semangat pada saya untuk mengharungi setiap cabaran yang saya lalui sehingga mengorbankan masa dan tenaga meraka. Kawan datang dan pergi. Hanya hadir bila kita senang dan meninggalkan kita saat kita tersungkur. Hanya sahabat yang ikhlas yang masih bertahan dengan diri saya, menerima setiap kelemahan , keburukan dan kekuatan saya. Terima kasih sahabat. Semoga setiap sahabat yang mendoakan kejayaan saya di dunia dan akhirat akan memperoleh ganjaran yang terbaik dari Allah selama mana kalian patuh dan taat pada Yang Maha Esa. Saya tujukan lagu ini buat kalian yang masih sudi bertemankan saya. Lirik di atas sana dalam lagu ini boleh diandaikan "menuju ke puncak kejayaan" dan cinta yang bersatu adalah "cinta kita dengan Illahi". Semoga ukhwah ini terjalin bukan sahaja di dunia, malah menjadi bekalan kita di akhirat. Kalian antara beribu sahabat yang sangat meninggalkan kesan dalam perjalanan hidup saya selama ini dan saya tidak akan dapat membalas segala ilmu, budi, pengetahuan, masa, tenaga kalian pada saya. Hanya Allah yang akan membalasnya....

SKBP (Nur Alifah, Fara Wahida)

SMSTJ (Khairayu, Faizah Rahmat, Ruzawati, Roziah Aziz, Naza Wakiran, Noraziana, Faridah Salleh, Qistina, Atfina, Leyla, Dayah)

MMU (Aishah, Shelli, Faradela, Wan, Elly, Ajan, Kak Noi, Kurtwear, Afizan, Mai, Wahidah, Fendy Ahmad)
 
Loughborough (Kak Amal, Kak Ct Hamidah dan suami , Kak Wani dan suami)

UPM (Nadya, Fyna, Nurul, Husna, Hilda, Muaz)

UIAM (Kak Jun, Kak Hawa, Kak Ani, Kak Ati, Kak Huda, Aisyah n Syukri)

P/S : Hargailah sabahat yang ada sementara mereka masih ada di sisi...
"Ya Allah, kurniakan kesihatan dan panjangkan usia Rozailin, saya dan sahabat-sahabat semua untuk terus beribadat kepada Mu, beramal kepada agamaMu dan dapat mendidik serta membesarkan anak-anak kami semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, amin Ya Rabbal A'lamin...."

Wallahualam


 Petikan lagu Kisah Hati, OST Stanza Cinta

Thursday, 4 August 2011

Newborn baby , feel like to have one!

Assalamualaikum readers,

It has been quite a long time since my last entry. There's too many tasks to settle but alhamdulillah, all things go smooth as planned. Topic today is about newborn baby. Recently, several of my closest friends have delivered baby. Among them are Nur Alifah Abdul Rahman (Nur Alya Qistina), Elly Ziana Zakariah (Nurul Adani), Afzan Adzhari (Afnan) and Dahnia Adnan (Sofea Hannah). Congratulations to them all! Down deep inside my heart and soul, it will be lovely if I can join them and get pregnant again. What a wonderful day! Unfortunately, intention must be scaled with capability. It is normal for those with age below 35 to get pregnant once you see your friends deliver baby, but sometimes, there's a lot more things to ponder and revised if you and your partner would go to add up a new family members at your stage. By looking at my kids, alhamdulillah, a great syukur to Allah. He has grant me with a pair of kids consists of Adam Iman and Aya Sofya. Seeing them growing is one of the most magnificent things in the world. I believed that not everybody get the chances to raised up their kids due to several reasons. It was so touched when my husband told his friends that we might stop from getting another baby as he can't bear seeing my suffering during pregnancy. Two kids with cervical incompetence is a kind of risks for another chances. Even for me personally, I'm okay with that situation but yet, lot of things need to be rethink. I'm happy if my friends keep adding up their family members. I will always pray that all these little caliphs will grow up and become Mujahid and Mujahiddah to protect Islam one day! So, the key word for today, "MEASURE SHIRT TO YOUR OWN BODY" - direct translation ;-)

"Happy Fasting Guys!"

Monday, 11 July 2011

Adam and his playgroup

As salam to all,

Last 2 months, I brought Adam to Sheerin Speech Therapist in USJ. She found that Adam's jaws has not working properly due to a very long ventilated period after his birth. This make Adam a bit hard to pronounce the vocab. She asked me to do some exercises and advised me to send Adam to any playgroup session. Hoping that through mingle with other people rather than his Pa, Ma, Grandma and Bibik, he may able to develop his speech skills plus other skills as well. I goggled "Playgroup" and found that many options are available in Klang Valley and Selangor area. Unfortunately, it is very difficult to find one that suits both of us in term of location and time. Out of searching, I found "ALIMKIDS PLAYGROUP" which based in Subang Jaya. How lucky am I, one of the branches is in Johor Bharu. Right after contacting person in charge, she is most welcome me to join the trial session. Alhamdulillah, Adam has joined the playgroup and almost finished his 2nd modul end of this month. I did see his improvement in the words that he voice out and he did learn something valuable through the playgroup. Friends, I would highly recommended ALIMKIDS PLAYGROUP for your kids aged 2-4. Find the nearest branch here http://alimkidsplaygroup.blogspot.com. Attached here some activities both of us attended and feel free to view more photos at http://rozailin-rahman.fotopages.com





Friday, 8 July 2011

If someone ask me "BEST TAK KAHWIN??"

As salam friends,

Quite a cliche topic today, but I feel compelled to share. It has been 10 times watching Nur Kasih DVD since I bought it last year. One issue that caught my attention along the story is about laws and "biras".

Siblings and friends who have not married yet often ask me, "BEST TAK KAHWIN?" which mean, Is it BEST to get married?. One issue I will always reveal is related with laws and "biras". Someone might said that this is not really an issue, but it is also not a matter lightly.

I love the approach taken by my late Mum and Dad. They have 3 daughter in laws and 1 son in law. BUT, they NEVER EVER label any of them as "BEST IN LAW" or "PET IN LAW" not even in negative way such as "BAD IN LAW" or "GHOST IN LAW", etc. Their principles are easy!

1) After you get married, live at your own house.
2) Once you got children, take care of them by yourself.

I like that way. When I watched Nur Kasih DVD, some of the important lesson I learnt are :

1) Sometimes, we cannot really fully satisfy our laws and "biras" needs and expectations compared than how we deal with our own mum/dad/family members.
2) Avoid prejudices towards your "biras".

These two things, if we can manage well, will lead towards peaceful and healthy lifestyle. We may avoid living in depression all the times.

I am very lucky coz I have a very patient, tolerate, manageable, strong spirit and tough "biras". I am really impressed of her performance through out the year. These characteristics are needed to maintain the harmonization of marriage.

Just REMEMBER one thing! When we married, we must be prepared to accept the strengths and weaknesses of our spouse and his family. If you are not ready yet, seek guidance from ALLAH. He will leads you towards the correct paths!

Catch you later!

_____________________________________________________

Assalamualaikum sahabat handai semua,

Topik yang agak klise, tapi saya masih terpanggil untuk berkongsi pendapat. Saya rasa sejak saya beli DVD Nur Kasih tahun lepas, dah 10 kali saya ulang tayang tonton cerita berkenaan dalam kereta sepanjang perjalanan saya dari Pontian - KL. Sepanjang perjalanan pergi balek, sempat sangat tonton 5-6 episod. Klimaksnya, saya tonton Nur Kasih the Movie beberapa hari lepas dilancarkan bulan lepas. Habes dah cerita tuh. Meninggalkan kesan yang sangat mendalam tidak terkecuali kepada saya. Satu isu yang menarik perhatian saya tentang perjalanan cerita ini ialah tentang ipar duai dan biras.

Adik-adik dan kawan-kawan yang belum berkahwin sering bertanya dengan saya, "BEST TAK KAHWIN?". Tiap kali itulah saya akan mengupas satu isu berkaitan ipar duai dan biras. Mungkin setengah orang berpendapat isu ini bukan lah masalah pun, tapi jangan sekali kali memandang ia remeh!

Sekadar berkongsi pengalaman sebagai anak kepada arwah mak saya, Halimah Hj Lassim dan abah saya Abdul Rahman Jamat, mereka menggunakan pendekatan yang saya kira terbaik untuk saya contohi iaitu mereka tidak pernah membanding bandingkan menantu-menantu mereka. Meski mereka punya 3 menantu perempuan dan 1 menantu lelaki, tidak pernah mereka label kan "MENANTU KESAYANGAN" atau "MENANTU TERBAIK", apatah lagi dari aspek negatif seperti "MENANTU JAHAT" atau "MENANTU HANTU", dll. Cara mereka mudah! Siapa pun boleh jadi menantu asal anak dah suka, tapi dua benda mesti buat :

1) Lepas kahwin, duduk rumah sendiri.
2) Dapat anak, anak jaga sendiri.

Saya suka cara begini. Insya ALLAH akan saya aplikasikan pada anak-anak saya kelak. Bila menonton drama Nur Kasih, antara pengajaran yang amat bagus saya pelajari ialah:

1) Kita tak akan dapat nak puaskan hati semua pihak di belah pasangan melibatkan mertua, ipar duai, biras dan lain-lain sama macam mana kita bersama dengan mak/ayah/keluarga kita sendiri.
2) Berlapang dada dan bersangka baiklah pada ipar duia dan biras supaya kita dapat hidup dengan aman, damai, tenang dan harmoni.

Saya amat beruntung kerana saya mempunyai seorang biras (setakat ini lah), yang saya klasifikasikan sebagai sangat kuat, tabah, rajin dan baik! Saya amat kagum dengan prestasi beliau sebagai seorang isteri, mama, menantu dan biras! Ciri-ciri yang ada padanya sangat penting untuk mengekalkan kebahagian dan kerukunan rumah tangga.

Ingat satu perkara, bila kita berumahtangga, kita bukan sahaja berkahwin dengan pasangan kita, malah seluruh keluarga nya juga. Jadi, kita perlu bersedia mental, emosi, rohani dan jasmani untuk menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan dan keluarganya. Jika masih belum bersedia, sujudlah, mohon petunjuk pada Yang Maha Esa. ALLAH pasti akan membukakan jalanNya pada anda!

Jumpa lagi nanti!


                                        This is my "biras". Photo taken last year

Tuesday, 28 June 2011

Menjadi PA n MA menuntut KESABARAN yang TERLALU tinggi

Dikurniakan sepasang cahayamata ADAM n AYA benar-benar menuntut kesabaran yang tinggi buat saya dan pasangan. Kenapa???

1) ADAM dilahirkan sebagai sangat pramatang dikala usia 23 minggu. Sehingga ke hari ini, ADAM belum pandai membina ayat dan petah berkata-kata seperti rakan-rakan sebaya nya yang lain. ADAM faham sebahagian arahan yang kami beri, ADAM sangat pantas bergerak, ADAM ada saja benda yang hendak dibuat, ADAM suka pda program nyanyian tarian, lawak, dalam kepala ADAM ada je fikir apa nak buat lepas ni, TAPI....

- ADAM tak faham kalau kami marah bila ADAM makan bersepah ; tiada disiplin
- ADAM tak faham bila kami cakap jangan pukul adik ; tiada kasih sayang
- ADAM tak faham yang Nenek marah bila ADAM bongkar gobok baju ; tidak kemas
- ADAM tak faham bila kami cakap jangan rosakkan barang mainan dan jangan conteng dinding rumah ; kurang menghargai
- ADAM tak faham bila kami nasihatkan ADAM jangan ulangi perbuatan selalu tuang susu atas lantai ; kurang bersyukur pada rezeki

Saya sedar melalui pembacaan dan perbincangan, anak-anak yang sedang membesar tidak boleh selalu dimarahi, perlu menunjukkan kasih sayang kepada mereka, perlu ditunjukkan contoh yang baik kepada mereka, jangan sebut JANGAN, dan mcm mcm lagi panduan negatif yang jangan dibuat pada anak-anak supaya mereka faham apa yang cuba kita terangkan. TAPI...

saya tak pasti sama ada ADAM memang tak faham , atau ADAM buat buat tak faham, atau ADAM memang ada masalah tentang memahami apa yang kami cuba terangkan sedang kami sedaya upaya mempamerkan kasih sayang kepada nya, cuba bertolak ansur kepadanya dan cuba memahamkan tiap hukuman yang kami beri kepada nya ada sebab. Saat ini memang saya sedang mencongak untuk merujuk kepada pakar kanak-kanak adakah ADAM berdepan dengan mana-mana masalah kanak-kanak atau dek kerana ketidak normalan kelahiran nya mengundang kepada pemahaman yang lambat kepada arahan yang kami beri...

2) AYA dilahirkan pada usia kandungan 36 minggu setelah dapat bertahan selama itu di dalam rahim Mama. AYA dah mula menyebut Mama, Tak Nak, Nak dengan ekspresi sekali. AYA jugak aktif ke sana, ke mari, haii...ada saja yang nak dibuatnya. TAPI...

- AYA suka tiru setiap perbuatan ADAM tak kira yang baik ataupun sebaliknya. ADAM panjat, AYA panjat. ADAM sepah, AYA sepah. ADAM conteng, AYA conteng. ADAM koyak, AYA koyak ; haru biru
- AYA suka ikut ADAM walaupun ADAM selalu menganbil kesempatan ke atasnya dengan menolak dan memukul nya. TAPI, dia ikut jugak ADAM mana ADAM pergi ; tak selamat
- AYA suka merampas apa yang dia nak dan dia akan pastikan dia menang ; kurang toleransi

Dari satu sudut pandang, saya terlalu bersyukur dengan kurniaan sepasang cahaya mata ini kerana di luar sana, ramai lagi kawan-kawan , sahabat handai malah seteru saya masih belum dikurniakan sebarang cahaya mata.  Namun, sebagai muhasabah kepada diri saya dan pembaca yang lain, terlalu banyak hikmah yang cuba saya pelajari hasil dari kurniaan ALLAH ini. Antara kesimpulan yang terbesar boleh saya pelajari ialah , ini lah ujian ALLAH pada saya dan pasangan untuk membentuk dan menyemai tahap kesabaran dalam diri kami. Andai tiada mereka, mungkin kami tidak bijak menghargai erti KESABARAN yang sebenarnya dalam kehidupan di dunia ini. Satu telemovie yang sarat dengan pengajaran yang harus ditonton oleh ibubapa di luar sana ialah "Berpaling dari JannahMu" di Astro lakonan Fauziah Ahmad Daud, Nasir Bilal Khan dan adik Miasara. Benar-benar menunjukkan kekuasaan dan kebesaran ALLAH Ta'ala. If you don't SYUKUR, you'll lose what you have!

Kami tidak akan lupa untuk memanjatkan doa kepada Allah agar anak-anak ini sihat sempurna, membesar menjadi insan yang berguna kepada agama, umat dan semuanya. Kami yakin DOA adalah senjata yang paling mujarab selain usaha-usaha dunia kami yang lain. Dalam hal ini, saya amat berterima kasih kepada Makcik Saudara Sepupu saya yang terlalu banyak membantu dalam menjaga dan mengurus kebajikan saya anak beranak dan juga pembantu rumah saya. Terus terang saya katakan, saya memang RESPECT sangat-sangatlah pada ibu bapa yang tiada sebarang pembantu di rumah namun masih berjaya membesarkan anak-anak dan mengurus suami dengan baik. YOU'RE SUPERB MUM!

Saya panjatkan doa kepada Illahi agar rakan-rakan saya yang tak jemu berusaha, bertawakal dan beriman pada ALLAH akan memperoleh tiap apa yang dihajati kerana setiap dari kita pasti ada rezeki dari ALLAH. Hanya masa menentukan.

Wallahualam...

Friday, 24 June 2011

Electricity Interruption / Gangguan Bekalan Elektrik

Assalamualaikum surfers,

TNB Pontian has announced , there will be NO ELECTRICITY on Sunday, 26/06/2011. The areas that will be affected are PKENJ/Pontian Jaya Industrial Area, the whole area of Pontian Kechil, Johor Road/Alsagoff Road/Parit Mesjid/Parit Semerah/Kg Melayu-Parit Sikom/Pontian Besar Kiri. From 9:00 am till 2:00 pm.

Let's bring our family outside Pontian area during that day! Make sure your house is fully locked to avoid any thieves and burglars!


Thursday, 23 June 2011

There's always 1st time / Selalu ada kali pertama

Assalamualaikum and a very Good Day to all my dear friends :

Every thing that we've done, there will always FIRST time.

- FIRST time registered to school
- FIRST time have mobile phone
- FIRST time got straight As in exam
- FIRST time meet future husband
- FIRST time delivered baby
- FIRST time traveled abroad

and many more FIRST times we faced in our lives ...

today, the FIRST time I have a blog! It's kind of progress for myself. Noticed that I was lagging behind compared to some others out there, but, after recalculating lots of things and considered some triggers and barriers, finally, I decided to launch my own blog today!

Hopefully, through this medium, I can share a piece of knowledge and life experiences with friends and surfers out there related to every aspect including life as a daughter, student, worker, lecturer, mother, wife and most important, slave to the One.

Greetings!


________________________________________________________


Assalamualaikum sahabat handai dan rakan taulan,

Setiap apa yang kita lakukan, pasti ada kali PERTAMA.

- kali PERTAMA masuk sekolah
- kali PERTAMA ada handphone
- kali PERTAMA dapat straight As dlm exam
- kali PERTAMA jumpa bakal suami
- kali PERTAMA menimang cahaya mata
- kali PERTAMA melancong ke luar negara

dan mcm mcm lagi kali PERTAMA yang kita lalui dalam kehidupan kita...

hari ini, kali PERTAMA saya punya blog sendiri! satu kemajuan buat diri saya sendiri. agak ketinggalan berbanding rakan-rakan lain di luar sana, tapi, lama sudah saya teliti dan dalami, rasanya, seru sudah sampai untuk saya ada blog sendiri.

di harap dapat berkongsi secebis ilmu, pengetahuan, pengalaman hidup dengan rakan-rakan dan sahabat handai dalam melayari bahtera kehidupan sebagai anak, pelajar, pekerja, pensyarah, ibu, isteri dan yang paling utama Hamba kepada Yang Maha Esa.

Salam Perkenalan!