200% trust on ALLAH!

200% trust on ALLAH!

Tuesday 16 August 2011

Life is too short!

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan pembaca yang budiman,

Dalam masa dua minggu ini, dua insan yang rapat dengan saya telah pergi buat selama-lamanya. Awal Ramadhan lalu, seorang guru Bahasa Inggeris yang kaya dengan ilmu dan tidak pernah lokek berkongsi pengalaman dan kepakaran beliau meninggal kerana kanser paru-paru. Mr Prasad, seorang mentor, jiran, guru, sahabat kepada abah saya dan juga saya secara tidak langsung banyak membantu kami anak-beranak dalam soal memperbaiki tahap Bahasa Inggeris kami. Thank You Sir! May you rest in peace. Kelmarin, sahabat baik arwah mak saya juga menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya sendiri selang dua jalan dengan kediamanku. Puan Zainon Hussein a.k.a Mak Knah sudah saya anggap seperti mak saya sendiri.Saat mengiringi pemergian jenazah semalam, tidak tertahan air mata saya apabila bertemu sebahagian besar barisan sahabat-sahabat arwah mak saya. Kami semua berpelukan dan sama-sama menangis. Seorang demi seorang sahabat arwah mak saya pergi meninggalkan kami saban tahun. Itu lah lumrah kehidupan. Hari ini, seorang pergi, hari ini juga seorang umat Nabi lahir ke dunia. Semoga yang pergi akan ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman di alam sana dan yang lahir, bakal menjadi mukmin dan mukminah yang bertaqwa, insya Allah.

Hari ini, 16 Ogos 2011, genap sudah Adam Iman berusia 3 tahun. Selamat hari ulangtahun Adam. Semoga Adam menjadi anak yang soleh dan bakal melimpahkan cahaya untuk mama dan papa di akhirat kelak.

"Apabila matinya seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara, sedekah jariah, ilmu yang diamalkan dan doa anak-anak yang soleh & solehah".

Saat mendengar talkin dibaca, satu perkara terlintas di fikiran hadirin yang hadir. Bilakah pula giliran saya? Life is too short! Be prepared before its ended forever.

Wallahualam... 




1 comment: