200% trust on ALLAH!

200% trust on ALLAH!

Sunday 31 March 2013

Homestay di Bandar Seri Putra - Officially Launched

Assalam pembaca,

Mencari homestay di Bandar Seri Putra??

Layari : http://teratak-kecil-adamaya.blogspot.com

Notakaki : Semoga mak, ayah dan Aunty selamat pergi dan pulang menunaikan Umrah.... Aminnn...

Wednesday 27 March 2013

Yang ku mampu untuk ABAH

Assalam pembaca,

Lama mendiamkan diri menyiapkan beberapa tugasan PhD, masih bertungkus lumus lagi. Menjengah seketika blog sendiri, mencoret sesuatu untuk ABAH.

Bila ku lihat anak perempuan ku membesar dan semakin rapat dengan Papa dia, ABAH pun bersuara,
"Memang anak perempuan macam tu lah. Kau pun sama". Hai... mana lah tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Sejak Mak dah tiada, aku bertekad untuk melakukan sedaya mampu membalas segala jasa ABAH. Untuk Mak, doa aku titipkan sentiasa sebagai bekalan Mak ke syurga. Untuk ABAH yang dikasihi lagi disayangi, insya Allah, anakanda doakan semoga ABAH dikurniakan kesihatan yang berpanjangan untuk terus beribadah kepada Allah, diluaskan rezeki untuk berinfak ke jalanNya. Apa yang boleh ku lakukan untuk menggembirakan ABAH, akan ku lakukan seandainya aku mampu.

Okay ABAH, yang ter'latest' Samsung SIII Mini semalam tu, hadiah sempena Hari Bapa yang mendatang dannnnnnn.... lepas condition TIP TOP semua, G1M4454 saya, ABAH boleh pakai. 

Semoga aku dapat menyiapkan thesis PhD aku dan berjaya VIVA dengan jayanya sebagai hadiah lagi untuk ABAH.

Orang cakap, aku anak ABAH..... herm.... Selagi ABAH ada, hargai lah ABAH. Aku pun anak MAK juga, cuma aku tak pandai mengungkapkan dengan kata-kata..... Mak.... AL FATIHAH.....

My ABAH, the one and only
Notakaki : Teratak-kecil-adamaya menawarkan Homestay di Bandar Seri Putra serendah RM48/bilik. :-)