200% trust on ALLAH!

200% trust on ALLAH!

Tuesday, 23 August 2011

Naluri Seorang Ibu+Isteri

Assalamualaikum pembaca,

Lagi seminggu umat Islam akan tamat menjalani ibadah puasa. Begitu pantas masa berlalu. Rata-rata status di FB ramai yang sudah tiada mood untuk bekerja Semuanya menghitung hari untuk pulang ke kampung halaman bertemu ibu, ayah, suami, anak yang ditinggalkan dek kerana mencari rezeki di perantauan.

Bercerita tentang persiapan raya, tahun ini tiada yang istimewa bagi saya. Saya sempat ke SOGO minggu lalu. Masya Allah. Walaupun saya pergi pada hari biasa, pembeli sangat ramai juga berkunjung ke situ pada hari berkenaan. Tidak dapat saya bayangkan kalau hari Sabtu atau Ahad bagaimana sesaknya SOGO tu! Saya baru ditawarkan kad emas SOGO dan melaluinya dapatlah beberapa 'privileges' antaranya 2 jam percuma meletak anak-anak di Starz Garden, tingkat 7. Apalagi, saya ambillah peluang yang ada. Adam dan Aya ditempatkan di sana dengan pantauan pekerja dan pembantu rumah saya. Saya dan makcik terus menuju ke destinasi iaitu tingkat 4! Pun ramai, tapi sedar tak sedar, 3 kali saya tawaf level tu. Memang rambang mata memilih busana untuk anak-anak. Selepas lebih kurang 2 jam di situ, saya beredar ke tingkat G untuk membelikan makcik saya beg tangan. Jam sudah hampir ke jam 7 malam. Kami berdua naik ke tingkat 7 , memilih tempat duduk untuk berbuka puasa. Saya membeli nasi ayam, air tembikai dan popia garing yang best sebagai juadah berbuka puasa kami ber5. Adam dan Aya tak tidur langsung sepanjang di tinggalkan di Starz Garden kerana banyak permainan ada di dalamnya. Selepas semua siap makan, kami beredar meninggalkan SOGO menuju ke hentian seterusnya.

Sebelum tidur, sempat saya mengemas beg tangan dan membelek resit-resit belanja siang tadi. Saya merasa 'impressed' hari itu kerana belum pernah seumur hidup saya apabila berbelanja, saya tidak membeli sesuatu untuk diri sendiri. Hari ini, REKOD! 'ZERO' cent for myself! Apa yang saya beli hanyalah untuk Adam dan Aya, suami saya dan makcik saya! Alangkah kuatnya naluri seorang ibu dan isteri hingga tidak sedar tiada apa untuk diri sendiri. Tapi, at the end, I feel satisfied! Niat saya ikhlas untuk melihat anak-anak dan suami cantik dan bergaya. Andai itu bisa dijadikan satu amalan yang mendapat ganjaran yang baik, insya Allah segalanya untuk mereka. Selagi ada hayat, merekalah yang menjadi penghibur saya saat ini. No regret!


Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu.....

                         Larrie Sandals for my adorable ADAMAYA!
                            -most satisfied items I bought in SOGO

1 comment:

  1. huhuhuhu..sama la kita olin..lebihkan anak2 jek sekarang..part ibu dia..leh KIV dulu

    Salam Aidilfitri to Olin, Adam and Aya yer
    =D

    ReplyDelete