200% trust on ALLAH!

200% trust on ALLAH!

Tuesday, 28 June 2011

Menjadi PA n MA menuntut KESABARAN yang TERLALU tinggi

Dikurniakan sepasang cahayamata ADAM n AYA benar-benar menuntut kesabaran yang tinggi buat saya dan pasangan. Kenapa???

1) ADAM dilahirkan sebagai sangat pramatang dikala usia 23 minggu. Sehingga ke hari ini, ADAM belum pandai membina ayat dan petah berkata-kata seperti rakan-rakan sebaya nya yang lain. ADAM faham sebahagian arahan yang kami beri, ADAM sangat pantas bergerak, ADAM ada saja benda yang hendak dibuat, ADAM suka pda program nyanyian tarian, lawak, dalam kepala ADAM ada je fikir apa nak buat lepas ni, TAPI....

- ADAM tak faham kalau kami marah bila ADAM makan bersepah ; tiada disiplin
- ADAM tak faham bila kami cakap jangan pukul adik ; tiada kasih sayang
- ADAM tak faham yang Nenek marah bila ADAM bongkar gobok baju ; tidak kemas
- ADAM tak faham bila kami cakap jangan rosakkan barang mainan dan jangan conteng dinding rumah ; kurang menghargai
- ADAM tak faham bila kami nasihatkan ADAM jangan ulangi perbuatan selalu tuang susu atas lantai ; kurang bersyukur pada rezeki

Saya sedar melalui pembacaan dan perbincangan, anak-anak yang sedang membesar tidak boleh selalu dimarahi, perlu menunjukkan kasih sayang kepada mereka, perlu ditunjukkan contoh yang baik kepada mereka, jangan sebut JANGAN, dan mcm mcm lagi panduan negatif yang jangan dibuat pada anak-anak supaya mereka faham apa yang cuba kita terangkan. TAPI...

saya tak pasti sama ada ADAM memang tak faham , atau ADAM buat buat tak faham, atau ADAM memang ada masalah tentang memahami apa yang kami cuba terangkan sedang kami sedaya upaya mempamerkan kasih sayang kepada nya, cuba bertolak ansur kepadanya dan cuba memahamkan tiap hukuman yang kami beri kepada nya ada sebab. Saat ini memang saya sedang mencongak untuk merujuk kepada pakar kanak-kanak adakah ADAM berdepan dengan mana-mana masalah kanak-kanak atau dek kerana ketidak normalan kelahiran nya mengundang kepada pemahaman yang lambat kepada arahan yang kami beri...

2) AYA dilahirkan pada usia kandungan 36 minggu setelah dapat bertahan selama itu di dalam rahim Mama. AYA dah mula menyebut Mama, Tak Nak, Nak dengan ekspresi sekali. AYA jugak aktif ke sana, ke mari, haii...ada saja yang nak dibuatnya. TAPI...

- AYA suka tiru setiap perbuatan ADAM tak kira yang baik ataupun sebaliknya. ADAM panjat, AYA panjat. ADAM sepah, AYA sepah. ADAM conteng, AYA conteng. ADAM koyak, AYA koyak ; haru biru
- AYA suka ikut ADAM walaupun ADAM selalu menganbil kesempatan ke atasnya dengan menolak dan memukul nya. TAPI, dia ikut jugak ADAM mana ADAM pergi ; tak selamat
- AYA suka merampas apa yang dia nak dan dia akan pastikan dia menang ; kurang toleransi

Dari satu sudut pandang, saya terlalu bersyukur dengan kurniaan sepasang cahaya mata ini kerana di luar sana, ramai lagi kawan-kawan , sahabat handai malah seteru saya masih belum dikurniakan sebarang cahaya mata.  Namun, sebagai muhasabah kepada diri saya dan pembaca yang lain, terlalu banyak hikmah yang cuba saya pelajari hasil dari kurniaan ALLAH ini. Antara kesimpulan yang terbesar boleh saya pelajari ialah , ini lah ujian ALLAH pada saya dan pasangan untuk membentuk dan menyemai tahap kesabaran dalam diri kami. Andai tiada mereka, mungkin kami tidak bijak menghargai erti KESABARAN yang sebenarnya dalam kehidupan di dunia ini. Satu telemovie yang sarat dengan pengajaran yang harus ditonton oleh ibubapa di luar sana ialah "Berpaling dari JannahMu" di Astro lakonan Fauziah Ahmad Daud, Nasir Bilal Khan dan adik Miasara. Benar-benar menunjukkan kekuasaan dan kebesaran ALLAH Ta'ala. If you don't SYUKUR, you'll lose what you have!

Kami tidak akan lupa untuk memanjatkan doa kepada Allah agar anak-anak ini sihat sempurna, membesar menjadi insan yang berguna kepada agama, umat dan semuanya. Kami yakin DOA adalah senjata yang paling mujarab selain usaha-usaha dunia kami yang lain. Dalam hal ini, saya amat berterima kasih kepada Makcik Saudara Sepupu saya yang terlalu banyak membantu dalam menjaga dan mengurus kebajikan saya anak beranak dan juga pembantu rumah saya. Terus terang saya katakan, saya memang RESPECT sangat-sangatlah pada ibu bapa yang tiada sebarang pembantu di rumah namun masih berjaya membesarkan anak-anak dan mengurus suami dengan baik. YOU'RE SUPERB MUM!

Saya panjatkan doa kepada Illahi agar rakan-rakan saya yang tak jemu berusaha, bertawakal dan beriman pada ALLAH akan memperoleh tiap apa yang dihajati kerana setiap dari kita pasti ada rezeki dari ALLAH. Hanya masa menentukan.

Wallahualam...

2 comments:

  1. wahh..sudah ade blog..blog lya lama terkubur..akak jangan risau..perangai iman dan idd pon sama cam akak cite..iman lak dah pandai cakap tp suke cakap mende tak elok e.g. bodoh..coz die suke tgk mummy die marah..n die nak mummy die marah..kalau die cakap bodoh n lya wut tatau die akan tanya>mummy tanak marah iman ke cakap bodoh" skng ni lya cakap..cakapla byk2 kali pon..idd pon suke tiru abang die wpon dahi asek benjol n biru..tetap main dgn abang..belum lagi setiap pagi kene drama dgn iman coz nak ikut mummy..satu taman dgr..kesimpulannya..membela anak zaman skng memang amat mencabar coz mama lya kate dulu2 budak2 tak camni pon..so ape kite nak wut kn kak..kene byk berdoa la kot n sentiasa tambahkn ilmu..akak de idea lain ke?

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang rasa kelakar juga tgk perangai derang ni. kadang akak biarkan aje adam wrestling adik dia sbb sometimes, adik dia pun carik pasal gak so she deserved being hit back by her brother! what i realised, anak-anak ni memang pantas pick up. so, the best things is parents must be the best examples. memang allah utus mereka nih untuk develop peribadi kita gak kita tak bleh say bad words, then apa yang kite suruh dia buat, kita kena buat juga. but sometimes, kite dah buat pun derang tak follow gak. kite kena praktik beberapa ayat quran juga untuk lembutkan hati anak-anak ni. i'll try find it n will share here later.

    ReplyDelete