200% trust on ALLAH!

200% trust on ALLAH!

Monday 21 May 2012

Again.... Life is too short...

assalam readers,

rasa seperti ada sesuatu yang terbuku ingin saya luahkan. tapi, saya tak tahu mcmana nak tulis??


Saya :-

- masa sekolah, nak dapat nombor satu
- masa habis UPSR, nak masuk asrama
- habis SPM, nak masuk universiti
- habis degree, nak pi oversea
- balik oversea, nak kerja bagus
- dah kerja bagus, nak kahwin
- dah kahwin, nak anak
- dah ada anak, nak dpt Phd
- lepas dpt Phd ????????????????????????

Dalam 30 tahun mcm mcm jadi. Di mana 'turning point' nya????

apa jawapan yang sesuai????
 
1st Hit! (1992) - Abang saya yang kedua meninggal dunia kerana Leukimia waktu usianya 20 tahun dan saya darjah 4. Sebelumnya, Angah bukan antara abang 'favourite' saya sebab dia selalu kacau saya. Tapi........

2nd Hit! (1994) - Atok Kecik (Mak Abah) meninggalkan saya sewaktu saya masuk Tingkatan Satu di asrama penuh. Saya tidak selalu tidur rumah Atok Kecik setiap kali saya balik ke kampung di Sanglang. Tapi......

3rd Hit! (2005) - Mak saya pergi meninggalkan saya deklarasi doktor kencing manis. Saya tak jumpa pun dengan Mak kerana masih berada di UK saat Mak menghembus nafas terakhirnya. Saya tidak rapat dengan Mak. Tapi.......

4th Hit! (2010) - Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggalkan seluruh Malaysia kerana demam denggi berdarah. Saya kenal dia, dia tak kenal saya. Tapi....

5th Hit! (2011) - Insan pertama dari Batch Sekolah Menengah saya pergi meninggalkan rakan-rakan seperjuangan yang lain kerana jangkitan kuman. Allahyarham berusia 28 tahun saat menghembus nafasnya. Tapi.....

6th Hit! (2012) -  Kak Amy baru saya kenal pada Jun 2011. Kak Amy guru pertama Adam. Tidak sampai 50 kali saya dan Kak Amy bertentang mata. Tapi.....

- Bila Angah tiada, sunyinya rasa tanpa gangguan seorang abang yang nakal. Tiap kali azan berkumandang, Angah perlahan mengayuh basikal besarnya ke Mesjid Pontian untuk solat berjemaah dengan orang lain.

- Bila Atok Kecik tiada, teringat Kuih Ketayap Atok Kecik yang tiada tandingan sehingga kini meskiku sudah jauh merantau.

- Bila Mak tiada, terlalu banyak yang tidak dapat ku lakukan. Mak meninggalkan saya sewaktu usia saya baru 24 tahun. Mak... Mak.. Mak... Doa Mak langsung ke Allah. 24 tahun hidup, itulah kunci kejayaan saya. Kini tiada lagi....

- Bila Din Beramboi pergi, sunyi konti Era. Tiada lawak yang spontan, tiada gurauan yang spontan oleh seorang pelawak yang sentiasa menggembirakan hati orang lain.

- Bila Allahyarham school mate ku pergi, speechless...

- Bila Teacher Amy meninggalkan dunia ini, Adam yang kecil masih belum memahami erti 'pergi tak kembali'. Hubungan yang hanya 11 bulan meninggalkan rasa 'bonding' yang 'priceless'.

Sesungguhnya Rezeki, Jodoh, Bala dan Maut terletak sepenuhnya pada Allah Ta'ala. Mohon pada Allah agar kita semua dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan untuk beribadah dan meningkatkan ketaqwaan kepadaNya, untuk membesarkan anak-anak supaya kelak anak-anak juga dapat beribadah dan meningkatkan ketaqwaan kepadaNya.....

Life is too short... to short...

Notakaki : Buat Nabi Muhammad SAW, sahabat-sahabat Nabi, Mohd Rozaini Abdul Rahman, Lema Tamat, Halimah Hj Lassim, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, Muhammad Jan Rawi dan Amira Mohyuddin, muslimin muslimat yang telah pergi meninggalkan kita semua... ALFATIHAH....

22 Mei 2012 (Selasa) = 1 Rejab 1433, mari kita sama-sama berpuasa.. Insya Allah...

Monday 14 May 2012

Tabahnya seorang ibu.... seorang suami... seorang anak....

assalam pembaca.....

hari ini, saya menulis dalam keadaan yang cukup hiba. saya baru pulang dari menjenguk guru pertama Adam... Teacher Amira Amy....

Tabahnya seorang ibu.....

Kedua-dua ibu dan ibu mertua Kak Amy setia menemani Kak Amy dalam keadaan yang genting kini... Jelas terbayang di wajah ibu Kak Amy, bahawa dia perlu kuat demi memberi semangat kepada anak perempuannya untuk meneruskan kehidupan. Tiada airmata saat sang ibu menceritakan betapa sakitnya anak dia kini. Ibu sentiasa mengurut anak perempuannya bagi meredakan kesakitan yang dirasa. Manakala di ruang tamu, ibu mertua juga sedaya upaya menahan airmata dari tumpas tatkala melayan tetamu yang datang menziarahi menantu perempuannya sambil melayan cucu-cucu yang masih kecil.

Tabahnya seorang suami...

Saat saya datang menziarah Teacher Amy, suami tiada di sisi. Suami pulang ke Johor Bharu bagi mengurus kerja di sana buat seketika. Sudah pasti suami Kak Amy tidak senang hati berada berjauhan dari sisi isteri tercinta....

Tabahnya anak-anak...

Anak-anak Kak Amy yang dewasa sudah mengambil cuti panjang dari persekolahan bagi menjaga satu-satunya ibu yang mereka ada. Abang yang kedua begitu sabar melayan karenah dua adik-adik kecil yang mungkin masih kurang mengerti bahawa ibu mereka merupakan seorang mujahid muslimah yang sedang berjuang untuk meneruskan kehidupannya demi anak-anak tercinta... Abang-abang, jagalah adik-adikmu sebaik mungkin. Terangkan kepada mereka bahawasanya ibu kamu memerlukan masa untuk sembuh. Ajak adik-adikmu sama sama berdoa agar Allah menyembuhkan sakit ibumu, beri ibumu peluang untuk terus beribadat kepada Allah dan membesarkan kamu dan adik-adik.

Kawan-kawan....

Mari kita sama-sama menadah tangan dan berdoa ke hadrat Illahi...

Alfatihah.....

"Ya Allah Ya Tuhan kami... Kau permudahkan segala urusan sahabat kami, Amira Amy. Berikan sahabat kami ruang dan peluang untuk dia menikmati kehidupan di sisi suami, anak-anak dan keluarga tercinta. Hilangkan segala derita dan nestapa yang melandanya. Berikan sahabat kami kekuatan untuk melawan sakitnya dan kembali sihat untuk terus beribadat kepadaMu dan membesarkan anak-anaknya untuk menjadi Khalifah yang baik di bumiMu...... aminn.... amin....  Ya Rabbal A'lamin...."





p/s: Kak Amy masih dapat melihat siapa yang datang menziarahinya, namun Kak Amy sangat tidak bermaya. Kak Amy hanya duduk di kerusi yang disediakan dan mesin bantuan pernafasan sentiasa di sisinya. Ibu Kak Amy memberitahu bahawa anaknya sedang berasa sangat sakit dan tiada posisi yang boleh membuatnya selesa. Hatta untuk tidur pun serba menyakitkan. Mari kita terus dan terus berdoa. Semoga ada antara doa kita yang diangkat Malaikat menuju terus kepada Allah... Insya Allahh....