200% trust on ALLAH!

200% trust on ALLAH!

Sunday 12 January 2020

Hectic Week Ended with positive vibes.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

Minggu kedua 2020 telah berlalu, apa yang telah anda lalui????

Saya????


  • Urusan pendaftaran anak-anak-anak ke tadika dan sekolah.



  • Kelas Tuisyen BM & BI Adam Iman bermula.



  • Mesyuarat dalam dan luar universiti.



  • Menyediakan soalan survei untuk pelanggan. 



  • Memulakan sessi latihan pengajaran dan pembelajaran yang sangat mencabar pada Adam Amir.


Sangat HECTIC!!

Finally!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


This is the best part for the rest of the week!!!

"Ya ALLAH, peliharalah ibu bapa kami, kurniakan mereka kesihatan yang terbaik dan limpahi mereka dengan kelapangan untuk beribadah kepadaMU.... ameennnn...."

Notakaki : Perjalanan yang indah apabila masih ada ibu ayah. Hargailah mereka sementara masih punya masa..


Wednesday 1 January 2020

Azam 2020

Assalamualaikum dan Salam Wawasan 2020 kepada semua pembaca yang budiman.

Berikut adalah Azam 2020 saya, Rozailin binti Abdul Rahman:-

1) Kembali menjadi penulis aktif bagi blog yang saya rindui ini.

2) Mensasarkan sessi pengajaran dan pembelajaran yang konsisten terhadap anak-anak terutama Adam Iman MF (Tahun 6, UPSR & PSRA) dan Adam Amir MF (Persediaan Ujian Kemasukan Tahun Satu SRAIBBB). 

3) Sehari RM1 untuk 5 tabung (Mama, Abang, Kakak, Ude & Atih).

4) Penerbitan sekurang-kurangnya di dalam 2 jurnal.

5) Membentangkan sekurang-kurangnya 2 kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Akhirat:

1) Berusaha menjadi hamba ALLAH, isteri, mama, anak dan pekerja yang baik.

2) 2 kali khatam.


3) Puasa sunat Isnin Khamis.


Ya ALLAH, kurniakan kekuatan kepada hambaMu, Rozailin Abdul Rahman untuk merealisasikan Azam 2020 nya... ameeennnnnn...  

Notakaki : Tabung Sudah Sedia! Ayuh Mula!