200% trust on ALLAH!

200% trust on ALLAH!

Monday 19 September 2011

Tragedi di Hotel Banyak Bintang di BBB

Assalamualaikum pembaca sekalian.

Syawal sudah menghampiri penghujungnya. Begitu pantas masa berlalu. Saya sudah pun memulakan pengajian semula untuk semester ke-4 . Sem ini bakal sibuk sedikit kerana saya ada 1 kelas dan masa untuk mengumpul data sudah tiba!!! Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya beberapa hari yang lalu.

Saya dan keluarga meraikan hari ulangtahun ibu mertua di sebuah hotel bertaraf banyak bintang di satu lokasi yang bukan nama sebenar, BBB. Saya membawa Adam dan Aya manakala biras saya membawa Firas untuk sama-sama makan malam di hotel berkenaan. Pada mulanya, ADAMAYA sukar untuk dikawal kerana keterujaan mereka pada satu tempat baru yang luas dan banyak perkara yang menarik perhatian mereka. Saya seakan sedar ada beberapa pasang mata menjeling ke arah saya dan suami. Akhirnya, anak-anak saya dapat duduk diam kerana Papa mereka bertegas dengan mereka. Sedang kami enak menjamu selera, saya terdengar tangisan kanak-kanak yang datang dari arah tengah restoran. Lama kanak-kanak itu meraung dan menangis. Apa yang membuatkan keluarga kami terkejut, tiba-tiba, kami terdengar bunyi sudu dan garfu besi dihempas dengan kuat datang dari meja belakang kami. Makin kuat kanak-kanak itu menangis, makin kuat pelanggan yang duduk di meja makan belakang kami mengempaskan sudu dan garfu mereka ke atas pinggan kaca. Sampailah satu tahap, saya terdengar mereka marah-marah dan semua ahli keluarga berkenaan, menghempas tuala makan mereka dan beredar menuju ke pintu keluar. Tidak hanya di situ, di pintu keluar, cashier yang bertugas teruk dimarahi oleh "ketua" keluarga itu. Sejurus selepas keluarga itu keluar, kanak-kanak yang menangis tadi diam. Suasana dalam restoran berkenaan sunyi sepi macam dilanda garuda!

Pernahkah situasi begini berlaku pada anda semua? Pada saya, ada tiga pihak yang perlu sedar akan peranan mereka dalam kes ini :

1) Keluarga anak kecil yang menangis : Ibu/bapa/Penjaga perlu sensitif akan ketenteraman pelanggan lain kerana jeritan dan raungan anak mereka sangat mengganggu orang lain yang datang membayar untuk makan di restoran berkenaan. Jadinya, mereka perlulah mententeramkan anak mereka dengan apa cara sekalipun. Mula-mula ADAMAYA juga bising sewaktu kami sampai di situ. Namun, saya dan suami bergilir makan untuk melayan karenah mereka dari membuat bising di tempat awam. Apabila mereka sudah bosan , saya membawa anak-anak saya keluar dari ruang makan tadi. Yang penting perut kenyang, hati senang!

2) Keluarga yang marah teramat sangat tadi : Mereka ada HAK untuk marah kerana mereka bayar mahal untuk makan dengan tenang di situ. Namun, kadangkala kanak-kanak sukar diramal sikap mereka. Seandainya mereka boleh berlapang dada, mereka boleh meminta tukar tempat duduk di ruangan yang lebih privasi dan senyap. Kami meramalkan bahawa "keluarga" ini mungkin tidak biasa melayan kerenah anak-anak kerana yang datang semua sudah dewasa dan nampaknya belum ada cucu lagi. Atau cara mereka dibesarkan dengan penuh disiplin, jadi apabila melihat anak/cucu orang lain tidak berdisiplin, ia mengundang amarah pada mereka.

3) Pihak pengurusan restoran boleh memainkan peranan dengan menegur ibu/bapa/penjaga yang anaknya bising agar dapat mententeramkan anak mereka demi keselesaan pelanggan lain. Mereka perlu menggunakan ayat yang paling berhemah kerana bimbang pula keluarga itu mengamuk dan mengatakan mereka juga bukan makan free di situ.

Dalam hal ini, sikap berlapang dada dan rasa tanggungjawab dapat mengelakkan insiden yang buruk dari berlaku. Dek kerana kurangnya sensitiviti dan tidak berlapang dada, mereka yang tidak bersalah dimarahi dan duit dibazirkan dengan begitu sahaja tanpa dapat makan dengan tenang dan kenyang. Walhal makanan di restoran malam itu sedap-sedap belaka!

Satu cadanga dari keluarga kami untuk semua pengusaha restoran di Malaysia . Sediakan dua ruang makan yang berbeza iaitu a) ruangan keluarga b) ruangan peribadi. Saya masih belum jumpa mana-mana restoran mengamalkan cara begini. Setakat ini yang ada dan perlu juga diteruskan ialah memisahkan ruangan perokok dan tidak merokok.


Nota Kaki : Orang selalu cakap, kalau tak ada anak, mereka tidak akan tahu macam mana karenah anak-anak. Wallahualam....

Monday 5 September 2011

Raya ADAMAYA 1432H

Assalamualaikum to all readers,

Hope it is not too late for us to wish you all Salam Lebaran Minal Aidil wal Faizin. This year our 1st day Hari Raya theme is Green Leaves. For the past 7 days, menu in d house included Nasi Himpit, Rendang Daging, Ayam masak Cili Api, Mee Keju and also Papa's Favourite Fried Noodles. Mama created a small video clip for all the followers. The song inside is specially dedicated to all my beloved family members and in laws, BFFs, friends, colleagues and YOU! Just enjoy!