Believe in destiny!

Thursday, 18 April 2013

"Bersama Membanteras Buli di Sekolah"

Assalam pembaca,

Adakah ibubapa sekarang terlalu 'protective' atau tidak mahu musibah yang melanda pelajar-pelajar sebelum ini terkena pada anak kita sendiri? Dalam erti kata lain, kalau dah jadi teruk baru ingin ambil tindakan, siapa yang hendak disalahkan?????

Saya menerima satu panggilan telefon dari seorang yang amat saya hormati petang tadi. 'Beliau' menceritakan tragedi yang menimpa anaknya dibuli di sebuah sekolah berprestij tinggi sedang pembuli dan anaknya baru sahaja Darjah 3. Ironinya, minggu ini 2 kali anak saya pulang dari tadika dengan muka punya kesan cakaran yang sedikit mencalarkan rasa hati saya sebagai penjaga.

Setelah berbincang secara ilmiah dan profesional dengan 'beliau', saya disarankan agar membuat surat bertulis sebagai simpanan dan rujukan bagi mengelakkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini pada masa akan datang.

Apa yang saya risaukan sekiranya anak saya yang mencetuskan situasi pergaduhan di sekolah. Adalah amat penting saya mendapat maklum balas yang benar dan tepat dari pendidik di tempat anak saya belajar agar saya boleh bertindak awal menangani masalah yang timbul. Sebaliknya juga, andai anak saya adalah mangsa keadaan, hal ini harus ditangani dengan cara yang selayaknya.

Meski nampak remeh, tak salah kalau sedari awal kita berhati-hati. Seolah satu fenomena sekarang kes buli menjadi-jadi di luar sana. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan, bukan meletakkan 100% tanggungjawab kepada pihak sekolah.

Mudah-mudahan anak-anak kita dilindungi oleh Allah dari segala macam musibah. Setakat hari ini, anak saya tidak punya masalah untuk ke sekolah.Dia tetap ceria dan bersemangat sebab dia sangat sayangkan cikgu-cikgu dia. Cikgu-cikgu pun baik dan cantik-cantik belaka. Saya tetap bersangka baik dan berdoa tiada lagi berlaku sebarang kecederaan kepada nya yang tomeiii-tomeii.


NOTAKAKI : Jangan disalah ertikan entri saya kerana saya sekadar ingin berkongsi rasa bahawa begitu kuat cabaran menjaga dan membesarkan anak-anak zaman sekarang.