200% trust on ALLAH!

200% trust on ALLAH!

Thursday, 10 January 2013

Bersediakah saya bila my Sofya berbicara soal 'couple' n 'kahwin'???

 Assalamualaikum pembaca tegar dan pendatang baru,
Dipetik dari beberapa status FB sahabat-sahabat saya :
First situation:-
Sofea: Mama, bila Sofea nak dapat abg?
(abg = husband, as what she knew from me calling Azlan, abg)
Mama: Hmm.. lambat lagi la kakak. Lagipun kakak nak buat apa kalau ada abg?
Sofea: Tapi kalau Sofea tak kahwin nanti mcm mana?
Mama: Kakak kan kecil lagi. Tunggu besar nanti ok.
Sofea: Ok Mama! Thank you.. 
Second situation:-
Mami Fatin ada secret nak bagitau. Apadia?ada boy dlm class fatin dia cakap dia suka kat fatin.hah..pastu fatin ckp apa.. fatinpun ckp fatinpun suka ngan dia.. Amboi.. fatin 7 yrs old baru mana boleh suka2 org ni.. yelah tp fatin dah tak jadi suka kat dia dah..nape? Sbb tadi dia terbuang air dlm class...
Third situation:-
2013, Safya is 4 y.o.now..
Safya: Ummi..bilaa lah adik boleh kawin..
Me: (Oh my..this topic again - I try to brace my self for the discussion)
Me: Hmm..kenapa Safya nak kawin?
Safya: Supaya adik boleh dpt anak...adik nak bersalin normal tau?
Me: (warggggh this is already too much for me!!! Could she just stop being so knowledgable in this topic!)
Tatkala terpandang perbincangan ibu dan anak ini di FB saya, pantas perkataan pertama yang bermain diminda adalah bertuah sungguh ibu-ibu ini punyai anak yang bijaksana dan petah berkata-kata sebijak ibu-ibu mereka jua. Saya juga punya seorang anak perempuan yang semakin hari semakin petah berbicara. Meski usianya menginjak ke 3 tahun, ada juga kerisauan yang timbul sekiranya anak perempuan saya terlebih bijak dari usia sebenarnya kelak. Saya cuba mendapatkan maklum balas dari ibu-ibu yang berdepan dengan situasi di atas, namun ia tidaklah semudah yang disangka. Apa cara, bagaimana juga, tarbiyah dan dakwah yang ingin disampaikan perlulah mempunyai strategi yang sangat halus untuk menyeimbangkan antara tumbesaran anak dan daya pemikiran yang selaras dengan fitrah mereka.
Notakaki : Semoga anak-anak perempuan kita dipelihara dari segala macam fitnah dunia dan dilindungi maruah mereka hingga akhirat.... Aminnn....

No comments:

Post a Comment