Believe in destiny!

Wednesday, 1 February 2012

Maid owhh Maid.....

Salam Hari Wilayah...

Selamat bercuti warga Kay Ell... herm... pagi ni rasa macam tak berapa nak ceria... semalam bawa maid untuk buat permit. Tapi sebab visit pass dah lepas kena hantar dia balek dulu, baru masuk balek. Herm... maid ni kalau dah balek, jarang nak balek sini semula.

Ini kali ke-5 aku amik maid dalam masa 2 tahun. Ada yang bagus, tak boleh nak kerja sini sebab nak kena jaga cucu. Dapat yang tua, cakap pandai, kerja ikut suka saja. Dapat yang muda, haih....nak tido saja. Yang ke-4 hari tu, okay lah, anak-anak pun suka, tapi anak dia sakit di Indonesia. Ya  aku hantar balek. Ni yang ke-5.

Dah bincang-bincang dengan En Hubby dan Hj Daddy, minta agen yang bawak maid ni masuk buatkan permit. Of course derang ada contact. Tapi, kena lah bayar extra lagi. Herm...macam mana nak buat, dah begitu lah percaturan dunia. Boleh je gamble tak buat permit, tapi kalau kena tangkap, hah dengan aku sekali ke 'dalam'. Apa nak jadik??????


Nota kaki : Hari ni last day kena resubmit paper untuk publish journal. Herm.....demam.....

2 comments: