200% trust on ALLAH!

200% trust on ALLAH!

Tuesday, 25 September 2012

Sharing is caring part 3 - tips for Pa n Ma bringing kids to Legoland Malaysia

assalam pembaca,

Ini merupakan entri ketiga saya tentang 'Sharing is caring' selepas entri pertama ttg tips for Pa n Ma bringing kids to overseas (2010) dan entri kedua tips for Pa n Ma brining kids to Universal Studio Singapore (USS) (2011) melalui akaun Facebook saya.

Legoland Malaysia terletak di Nusajaya, Johor Darul Takzim. Masih baru beroperasi, masih banyak kelemahan seperti yang di maklumkan dalam entri BFF saya http://mariaariffbaby.com/2012/09/03/some-recommendation-for-improvement-of-legoland-malaysia/,

NAMUNNNNNNNNNNN

ia tidak menjadi masalah untuk anda membawa keluarga dan anak-anak ke sini kerana ia tetap BEST!!!!!

Antara tips-tips yang boleh saya kongsi ialah :-

1) Bagi mereka yang ingin masuk tanpa ANNUAL PASS, dinasihati beli tiket 7 hari awal untuk mendapatkan diskaun dari harga asal. http://www.legoland.com.my/Plan/Prices-and-Tickets/

2) Bertolaklah awal dari rumah/hotel untuk ke Legoland (especially cuti umum , Sabtu dan Ahad) supaya dapat masuk exactly jam 10 pagi dan dapat main semua rides dengan happy. (Elak cuaca sangat panas di tengahari dan juga kalau hujan, semua rides ditutup).

3) Untuk masuk ke Entrance Legoland, pastikan parking kereta di Zon 2, kalau Zon 1 dekat dengan Medini Mall (tempat makan-makan, restoran, kedai , etc - jauh nak berjalan ke entrance).

4)Better bawak stroller sendiri sebab kalau nak sewa, single stroller rm15, double stroller rm30 (stroller dia memang cantik, warna kuning+biru+merah, tapi bukan boleh bawak balek pun dan duit tak return balek). Tapi, kalau nak sewa pun okay, sebab anak-anak mesti seronok dapat naik stroller Legoland yang memang tak ada jual kat pasaran biasa. Ikut kemampuan Pa n Ma.
 - Boleh pasang kipas di stroller anak, boleh bawak payung atau pakaikan topi.

5) Pakaikan anak anak dengan pakaian yang nipis (singlet style bagus) sebab cuaca mmg sgt sgt panas so kanak-kanak tak memberontak sebab panas.

6) Actually, di pintu masuk, ada staff yang akan check beg (tujuan untuk elak pengunjung bawak makanan+minuman sendiri). Tapii.......... derang masih lagik bertolak ansur apabila kita katakan beg yang kita bawak adalah perkakasan anak-anak untuk menyusu. SOOOOOOOOOOOOO, standby siap-siap air mineral, air kotak, biskut, jajan untuk Pa n Ma dan kiddos sebab makanan dan minuman dalam Legoland memang agak mahal coz dia International Rate such as Coca Cola sebotol RM6 begitu juga ais krim cornetto. Boleh juga beli di dalam sebab ada Cafe dan Restoran yang jual makanan sedap-sedap. Yang penting, semua HALAL!

7) Tak semua rides anak-anak boleh naik. Ada yang dia ikut ketinggian. Minima 90cm. Jadinya, banyak rides best saya tak boleh main sebab AYA baru 82cm. Tanya dulu sebelum naik, so, tak payah buang masa nak beratur panjang-panjang, last-last tak boleh main.

8) Tempat yang sejuk dan best utk istirehat selepas berpanas ialah Lego Studio dan Build & Test dalam kawasan IMAGINATION.


9) Sehingga bulan Oktober (tarikh tak tahu bila), parking di Legoland Malaysia masih FOC.

10) Surau, baby's changing rooms ada dan sangat sangat sangat selesa.

11) Bawak duit lebih sedikit, boleh beli suvenir yang pun tak berapa nak murah, tapi kalau yang masuk sekali at least boleh beli buat kenang kenangan.

12) Jika ada anak-anak lebih dari seorang, bawak lah pasangan/atok/nenek/maid untuk temankan supaya anak-anak dapat bermain dengan riang dengan kawalan dan tidak hilang.

Kalau ditanya pada saya secara peribadi, memang tak puas jika masuk 1 kali sahaja sebab Legoland Malaysia sangat besar. 3-4 jam pun dah pancit+cuaca yang tak berapa nak redup. Namun, jika anda bukan pemegang ANNUAL PASS, pastikan kunjugan anda berbaloi-baloi dengan persediaan stamina dan mental serta financial yang mantooopppp!!!

p/s: Masih ada beberapa kawasan dalam Legoland yang belum kami terokai. Mudah-mudahan tips yang ringkas ini dapat membantu.

3 comments:

  1. sangat agree with all those tips! nanti kita dating sesama yer p Legoland Malaysia :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. MAMA ecah, kami sentiasa bawak u punya suvenir dalam kereta... mesti pass jugak hand to u..

      Delete
  2. another tip (eventho aku lom pegi legoland), kalo ade kad member toy'r'us sila bawak utk dapat diskaun bli toy kat legoland.. ni member aku yg cakap

    ReplyDelete