200% trust on ALLAH!

200% trust on ALLAH!

Monday 14 May 2012

Tabahnya seorang ibu.... seorang suami... seorang anak....

assalam pembaca.....

hari ini, saya menulis dalam keadaan yang cukup hiba. saya baru pulang dari menjenguk guru pertama Adam... Teacher Amira Amy....

Tabahnya seorang ibu.....

Kedua-dua ibu dan ibu mertua Kak Amy setia menemani Kak Amy dalam keadaan yang genting kini... Jelas terbayang di wajah ibu Kak Amy, bahawa dia perlu kuat demi memberi semangat kepada anak perempuannya untuk meneruskan kehidupan. Tiada airmata saat sang ibu menceritakan betapa sakitnya anak dia kini. Ibu sentiasa mengurut anak perempuannya bagi meredakan kesakitan yang dirasa. Manakala di ruang tamu, ibu mertua juga sedaya upaya menahan airmata dari tumpas tatkala melayan tetamu yang datang menziarahi menantu perempuannya sambil melayan cucu-cucu yang masih kecil.

Tabahnya seorang suami...

Saat saya datang menziarah Teacher Amy, suami tiada di sisi. Suami pulang ke Johor Bharu bagi mengurus kerja di sana buat seketika. Sudah pasti suami Kak Amy tidak senang hati berada berjauhan dari sisi isteri tercinta....

Tabahnya anak-anak...

Anak-anak Kak Amy yang dewasa sudah mengambil cuti panjang dari persekolahan bagi menjaga satu-satunya ibu yang mereka ada. Abang yang kedua begitu sabar melayan karenah dua adik-adik kecil yang mungkin masih kurang mengerti bahawa ibu mereka merupakan seorang mujahid muslimah yang sedang berjuang untuk meneruskan kehidupannya demi anak-anak tercinta... Abang-abang, jagalah adik-adikmu sebaik mungkin. Terangkan kepada mereka bahawasanya ibu kamu memerlukan masa untuk sembuh. Ajak adik-adikmu sama sama berdoa agar Allah menyembuhkan sakit ibumu, beri ibumu peluang untuk terus beribadat kepada Allah dan membesarkan kamu dan adik-adik.

Kawan-kawan....

Mari kita sama-sama menadah tangan dan berdoa ke hadrat Illahi...

Alfatihah.....

"Ya Allah Ya Tuhan kami... Kau permudahkan segala urusan sahabat kami, Amira Amy. Berikan sahabat kami ruang dan peluang untuk dia menikmati kehidupan di sisi suami, anak-anak dan keluarga tercinta. Hilangkan segala derita dan nestapa yang melandanya. Berikan sahabat kami kekuatan untuk melawan sakitnya dan kembali sihat untuk terus beribadat kepadaMu dan membesarkan anak-anaknya untuk menjadi Khalifah yang baik di bumiMu...... aminn.... amin....  Ya Rabbal A'lamin...."





p/s: Kak Amy masih dapat melihat siapa yang datang menziarahinya, namun Kak Amy sangat tidak bermaya. Kak Amy hanya duduk di kerusi yang disediakan dan mesin bantuan pernafasan sentiasa di sisinya. Ibu Kak Amy memberitahu bahawa anaknya sedang berasa sangat sakit dan tiada posisi yang boleh membuatnya selesa. Hatta untuk tidur pun serba menyakitkan. Mari kita terus dan terus berdoa. Semoga ada antara doa kita yang diangkat Malaikat menuju terus kepada Allah... Insya Allahh....

17 comments:

  1. Allahuakbar! sedihnya olin :(

    Nak sangat tgk kak amy kat KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada ruang dan peluang, ini lah masa untuk melihat Kak Amy.. she is very strong... very-very strong.. :-|

      Delete
  2. Olin..boleh ayu tanya?Kak amy sakit apa?Semoga dikurniakan kesembuhan dan ruang serta peluang bagi kak amy untuk terus bersama keluarganya yang tercinta.Aminn..

    ReplyDelete
  3. ya Allah.., semalam baru sembang dgn aiman.. sedihnya rasa..! akak nak mntak shre k cerita nie kat wall saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan dik... semoga ada doa kita yang diterima Allah...

      Delete
  4. olin.!!!

    sedehnye......

    muge kak amy tabah...dan dapat sehat semule.....
    amin...amin...amin ya rabbal alamin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... sama sama kita doakan semoga Kak Amy sihat sempurna.. aminn...

      Delete
  5. Saya tak tau knapa saya rasa sedih sgt.., rindu sgt2 kat dia..! Dia dh mcm kakak saya.,we free to share anythin..! I miss u so much kak.., masih teingat lagi dia call sya dlu mngis2 sbb pemergian kwn baiknya menemui Allah kerana beperang dgn cancer.., n tak lama lepas tu dia pulak disahkan mghidapi cancer juga..! Ya Allah kau sembuhkan laa dia.., kurang kan kesakitan yang dia tanggung ya ALLAH..! I miss her so much...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah mudahan kak amy dpt terus bertahan... Dia sgt istimewa...

      Delete
  6. kak olin.. thanks update keadaan dia kak.. sangat terharu mengenangkan dia.. moga diberi kekuatan padanya utk terus berjuang.. saya n anak saya, ahmad rafeeq mendoakan kesejahteraannya... amin..

    ReplyDelete
  7. terjumpa blog ni...insyaAllah..saya dan kawan2 akan melawat madam amira hari ini..kami semua sangat sayangkan die...die seorang lecturer yg sangat baik...very understanding..banyak personal benda yg sy share ngan die.....sedey!...

    semoga Allah berikan kesembuhan dan kekuatan...amin..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is advisable for you to come in a very very very small group dear. Coz madam amy cannot hear noises.she is really feel painful. Perhaps just two of u can go and visit her.

      Delete
  8. kak rozailin....thanks. alhamdulillah..berkesempatan jenguk madam, just 4 of us. naik berdua2. one of the members, bawak anak die yang 8 bulan, sempat madam amy main2 ngan baby tu...buat twinkle2 n she smiling!..x tahan tengok..lucky x menangis..she's so strong. at first memang sangat terkejut jumpa die..last jumpa was in 2009!masa melawat die di johor.

    aduhai.....advisable also to kawan2 yg lain..untuk pegi dalam group yg kecik....alhamdulillah..she's still remember us..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah... moga doa seorang anak murid diterima Allah hari ini sebagai hadiah Hari Guru buat Madam Amy...

    ReplyDelete
  10. My Alya baru tanya I pasal teacher Amy. She want to see her..I just explain to her that Teacher Amy sakit...& she want to visit her... aduhai anak..macam mana ibu nak bagtau hal sebenar. Sama2 kita berdoa moga Allah dapat mengurangkan kesakitan Teacher Amy, Asha doakan dia dari jauh jer la..bukan xnak pergi..I takut I won't be strong as her.. Moga Allah ease her pain. Whoever going there..send our regards to her..and we miss her so much.

    ReplyDelete