Believe in destiny!

Tuesday, 20 March 2012

Wahai anak...

Assalamualaikum...

Hari ini sudah 20.03.2012. Hampir tamat suku pertama tahun 2012. Baru-baru ini, saya, Adam dan Aya telah dijangkiti penyakit Hand, Foot and Mouth Diseases (HFMD). Kami antara penyumbang statistik penyakit ini dalam Malaysia. Saat anak-anak dilanda penyakit, betapa susahnya hati saya. Rasa ingin diambil setiap rasa sakit itu dan biarlah mama yang seorang saja yang tanggung. Minggu lalu juga Malaysia digemparkan dengan kes Dirang. Hari ini pula, gambar gadis berumur 15 tahun memenuhi status FB ramai kawan-kawan. Gadis yang sangat cantik paras rupanya telah diculik. Ya Allah... begitu kejam dunia sekarang ini. Manusia sudah hilang kewarasan aqal. Saat melihat anak anak saya merengek dan begitu mengharapkan saya bersama mereka saat mereka sakit, air mata saya berlinangan.

"Ya ALLAH, kurniakan kesihatan dan umur yang panjang bagi diriku dan semua sahabat-sahabat ku yang bakal dan sudah bergelar ibu. Berikan kami ruang dan peluang untuk menyusukan, membesarkan dan mendidik anak-anak kami menjadi khalifah yang bertaqwa di bumi MU. Sesungguhnya anak-anak ini sangat memerlukan ibu mereka di sisi... amin Ya Rabbal a'lamin....."

Saya akan terus dan sentiasa berdoa kepada Allah agar saya, sahabat-sahabat dan para anak semua sihat, sempurna untuk terus beribadah kepada Allah setiap hari , menikmati keindahan kehidupan yang dicipta oleh Allah...

Notakaki : Semoga Teacher Amy sihat.... rindu Teacher Amy....semoga Siti Nur Fatihah ditemui dalam keadaan selamat dan sempurna sifat.... aminnn....

2 comments: