Assalam pembaca,
Kisah di satu petang......
Seorang Hamba Allah menyerahkan nota RM50 pada pelayan restoran untuk membayar bil di atas. Selang beberapa minit, wang lebih dikembalikan. Hamba Allah berkenaan menganbil dan mengira jumlah wangnya. Didapati wang yang diberi berjumlah RM59.30.
Apakah yang perlu dibuat oleh Hamba Allah berkenaan???
A) Ambil saja dan terus berlalu
B) Meninggalkan RM9.30 dan ambil yang selebihnya lantas berlalu
C) Memanggil pelayan berkenaan dan nyatakan kesilapan beliau, ambil baki yang selayaknya dan berlalu
Pernahkah anda berdepan dengan situasi begini? Kalau anda berada di tempat Hamba Allah berkenaan, apakah agaknya reaksi anda???
Kalau saya????
(Saya tanya anda, anda tanya saya pula... herm... takpe, saya jawab lah :-)).
Dalam situasi sebegini, apakah faktor yang mendorong anda untuk mengambil tindakan berikutnya? Apakah yang menjadi pegangan anda?
Dalam keadaan anda makan berseorangan, belum ramai pelanggan di dalam restoran berkenaan serta pelayan juga tidak sedar yang dia telah melakukan kesilapan.
Maka, apa yang lebih besar dari segala hal yang ada di persekitaran anda haruslah menjadi KEUTAMAAN. Meski tiada pelanggan yang nampak, pelayan juga tidak sedar akan kealpaan dia.... TAPI..... sesungguhnya ada yang memerhatikan anda!
Ingatlah wahai pembaca, tak silap pepatah orang-orang lama.
"Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri."
Andai anda yakin ada yang memerhati, anda akan sedar, anda telah melakukan kesilapan sekiranya anda memilih jawapan A atau B. Begitu juga dalam hal-hal lain terutama dalam urusan kewangan dalam kehidupan kita.......
Notakaki : Cantik rupanya ikan senohong ni. First time saya tengok. Namun, kenapa nama ikan ini juga dikaitkan dengan bercakap bohong dan mencuri???? Pasti ada sesuatu yang tersirat... Wallahualam....
No comments:
Post a Comment