Believe in destiny!

Friday, 14 June 2013

Anak prempuan seorang - Masya Allah.....

Assalam pembaca,

Lama saya tidak mencoret sesuatu yang boleh membuka minda untuk dikongsi bersama. Komitmen pelajaran meletakkan blog saya bukan sebagai keutamaan. Saya baru habis menjalani mini-viva di peringkat jabatan. Saya punya 3-4 bulan tempoh untuk hantar thesis sblm memulakan semula kerjaya sebagai Pensyarah.

Sejak dua menjak ini, emosi saya sering terganggu tatkala melihat senario yang berlaku di keliling kita. Melihat pada tumbesaran anak perempuan saya, terasa peristiwa 30 tahun dahulu berputar semula. Masyarakat melabelkan, menjaga anak perempuan seorang lebih payah dari lembu sekandang. Di mana kepayahan sebenarnya? Masya Allah..... saya dapat rasakan betapa sukarnya Arwah Mak saya dan abah membesarkan saya. Setiap keperluan saya dipenuhi, saya ditatang bagai minyak yang penuh sehinggakan Arwah Mak jadi risau seandainya 1 hari, saya bakal mengecewakan keluarga.

Masa berlalu dan berkat percampuran dengan kawan yang betul, dibimbing oleh ustaz dan ustazah yang layak, memilih persekitaran yang sihat untuk menjalani kehidupan, saya membina jatidiri untuk menjadi anak, isteri, mama, muslimah yang menghormati orang tua, berbudi bahasa, menjaga maruah diri dan meletakkan agama sebagai asas hidup.

Sayangnya... tidak semua anak di luar sana menghargai kehadiran ibubapa dan ahli keluarga mereka. Ramai yang terus dibelenggu rasa bangga diri dengan apa jua kelebihan yang ada. Rupa paras, harta dunia hatta pangkat dan darjat yang jika disalahguna, kelak memakan diri. Yang lebih menyedihkan, tiada langsung ciri-ciri tersebut namun masih membelakangkan agama, ibubapa dan keluarga. Ini sungguh mengecewakan...

Adik-adik, anak-anak.... Walau seburuk mana pun ibu dan bapa kita, tiada berdosa seandainya anak-anak mengalah memaafkan kekhilafan ibu dan bapa... tidak akan berkurang keberkatan hidup seandainya anak-anak datang bersalaman dan tunduk hormat pada ibu dan bapa.... ruang dan peluang yang ada rugi jika disia-siakan...

Kehidupan ibarat roda... hari ini kita berada di atas, tidak selamanya kita berada di situ... sudah bersediakah kita berhadapan dengan kegagalan? sudah bersediakan kita menghadapi kehancuran??
Tergurisnya hati ibu dan bapa tanpa sengaja apatah lagi disengajakan, dimanakah level kita sebagai anak?

Ibu bapa.... harta bukan segala-galanya.... kasih sayang yang ikhlas lebih bertahan lama dari mahligai dan singgahsana....

Kembalilah kepada Allah.... semoga semua memperoleh barakah.... Wallahualam....

Notakaki : Anak lelaki zaman sekarang juga mencabar minda dan fizikal ibu bapa untuk membesarkan mereka. Here comes, the power of Moms' Doa!

No comments:

Post a Comment