Terlalu lama membiarkan ruangan di sini sepi-sunyi-senyap-tiada berita. Kesepian-kesunyian-kesenyapan-ketiadaan berita selama ini memberi ruang dan peluang untuk menyelesaikan segala urusan yang tertunggak serta mejalankan tanggungjawab yang sudah lama ditinggalkan dan melaksanakan misi yang menjadi azam 2014.
Dengan izin Allah jua tiada yang lebih Maha Berkuasa, kemuncak perjalanan 2014 diakhiri dengan 2 perkara luar biasa.
"CONGRATULATIONS DR ROZAILIN, YOU HAVE PASSED YOUR PHD WITH MINOR MODIFICATIONS"
(Prof. Dr. Khalid Abdul Rahim) - 10 November 2014 11.30 pagi, Bilik Viva 3, Sekolah Pengajian Siswazah, UPM.
&
"ALHAMDULILLAH. TAHNIAH PUAN. ANAK PUAN LELAKI"
(Putri Nor Saadiah) - 28 Disember 2014, 4.30 petang, Bilik 16 Dewan Bersalin Hospital Serdang.
Tiada yang mampu saya zahirkan dari ungkapan syukur ALHAMDULILLAH pada Allah Taala, setinggi-tinggi penghargaan buat suami MUHAMMAD FIRDAUS BIN MAHMOOD kerana dengan izin dan redha beliau lah saya dapat mengecapi kedua dua kejayaan yang menitiskan airmata suka dan duka ini. Redha abah ABDUL RAHMAN BIN JAMAT, ayah mertua MAHMOOD BIN AMIR, ibu mertua RUBIAH BINTI PUTEH, doa dari semua ahli keluarga MOHD ROZAIDI ABDUL RAHMAN dan keluarga dan MOHD ROZMEE ABDUL RAHMAN serta keluarga, semua ahli keluarga, ipar duai, sahabat handai, seteru luar dan dalam, semua yang terlibat secara langsung atau tidak dan semua pemudahcara, hanya Allah jua yang membalas segala bantuan dan pertolongan kalian sepanjang masa.
Pesan saya selalu pada semua sahabat, sebagai seorang hamba, REDHA Allah perlu didamba. Sebagai seorang isteri, REDHA suami amat dituntuti, sebagai seorang anak, REDHA ibu bapa dan ibu bapa mertua wajar ditelusuri, sebagai seorang pelajar, REDHA pensyarah amat dikehendaki dan sebagai seorang biasa, binalah kehidupan yang menyenangkan orang lain sedaya mampu. INSYA ALLAH, penghujungnya akan ada kemanisan selepas pahit maung diredahi dengan REDHA.
"TERIMA KASIH ALLAH
TERIMA KASIH RASULULLAH
TERIMA KASIH SUAMI
TERIMA KASIH ABAH
TERIMA KASIH KELUARGA
TERIMA KASIH SAHABAT
TERIMA KASIH ADAMAYA"
Ini lah trofi dari Allah buat ku...
ADAM AMIR BIN MUHAMMAD FIRDAUS |
P/S : Semoga 2015 berlangsung dengan penuh barakah dan diriku serta seluruh ahli keluarga ku dan sahabat handai berada di bawah lindungan Allah hendaknya, luas rezeki kita semua, dikurniakan kesihatan untuk terus beribadat kepadaNya....aminnnn....