200% trust on ALLAH!

200% trust on ALLAH!
Showing posts with label thought. Show all posts
Showing posts with label thought. Show all posts

Wednesday, 21 March 2018

Very-very-very long time no updates!!!! What's up dear?????

Assalamualaikum to all readers,

Terlalu lama tidak menulis di dalam blog ini. Berhabuk dah sangat. 3 tahun lamanya, macam-macam sudah dicapai, belum tercapai dan berusaha untuk mencapaikan. Seiring dengan usia yang meningkat, bertambah lah jua tanggungjawab, tugasan, peranan yang perlu dilaksanakan moga menjadi bekalan di alam sana. 

Buat semua ahli keluarga dan sahabat handai, andai ada silap dan salah, terlebih kata terlanjur perilaku, ampun dan maaf dipohon dari sebesar zarah hingga ke sebesar alam. Tidak bersua, tidak bersapa, tidak kunjung mengunjungi, tidaklah bermakna kalian dilupai. Doaku sentiasa bersama untuk kesejahteraan kalian moga dilindungi Yang Maha Esa. #doakanyangbaikbaikaje.

Will regularly update, may ALLAH grant me with all health and wealth....ameeennn...


Notakaki : Terbaca Blog Kakak Kesayanganku, Datin Dr Irwani Abdullah, terus terdetik nak update blog sendiri. Love You Kak Wani. 💋

Monday, 9 September 2013

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri

Assalam pembaca,

Kisah di satu petang......


Seorang Hamba Allah menyerahkan nota RM50 pada pelayan restoran untuk membayar bil di atas. Selang beberapa minit, wang lebih dikembalikan. Hamba Allah berkenaan menganbil dan mengira jumlah wangnya. Didapati wang yang diberi berjumlah RM59.30.

Apakah yang perlu dibuat oleh Hamba Allah berkenaan???

A) Ambil saja dan terus berlalu
B) Meninggalkan RM9.30 dan ambil yang selebihnya lantas berlalu
C) Memanggil pelayan berkenaan dan nyatakan kesilapan beliau, ambil baki yang selayaknya dan berlalu

Pernahkah anda berdepan dengan situasi begini? Kalau anda berada di tempat Hamba Allah berkenaan, apakah agaknya reaksi anda???

Kalau saya???? 

(Saya tanya anda, anda tanya saya pula... herm... takpe, saya jawab lah :-)).

Dalam situasi sebegini, apakah faktor yang mendorong anda untuk mengambil tindakan berikutnya? Apakah yang menjadi pegangan anda?

Dalam keadaan anda makan berseorangan, belum ramai pelanggan di dalam restoran berkenaan serta pelayan juga tidak sedar yang dia telah melakukan kesilapan.

Maka, apa yang lebih besar dari segala hal yang ada di persekitaran anda haruslah menjadi KEUTAMAAN. Meski tiada pelanggan yang nampak, pelayan juga tidak sedar akan kealpaan dia.... TAPI..... sesungguhnya ada yang memerhatikan anda!

Ingatlah wahai pembaca, tak silap pepatah orang-orang lama. 
"Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri."
Andai anda yakin ada yang memerhati, anda akan sedar, anda telah melakukan kesilapan sekiranya anda memilih jawapan A atau B. Begitu juga dalam hal-hal lain terutama dalam urusan kewangan dalam kehidupan kita.......

Notakaki :  Cantik rupanya ikan senohong ni. First time saya tengok. Namun, kenapa nama ikan ini juga dikaitkan dengan bercakap bohong dan mencuri???? Pasti ada sesuatu yang tersirat... Wallahualam....


Friday, 14 June 2013

Anak prempuan seorang - Masya Allah.....

Assalam pembaca,

Lama saya tidak mencoret sesuatu yang boleh membuka minda untuk dikongsi bersama. Komitmen pelajaran meletakkan blog saya bukan sebagai keutamaan. Saya baru habis menjalani mini-viva di peringkat jabatan. Saya punya 3-4 bulan tempoh untuk hantar thesis sblm memulakan semula kerjaya sebagai Pensyarah.

Sejak dua menjak ini, emosi saya sering terganggu tatkala melihat senario yang berlaku di keliling kita. Melihat pada tumbesaran anak perempuan saya, terasa peristiwa 30 tahun dahulu berputar semula. Masyarakat melabelkan, menjaga anak perempuan seorang lebih payah dari lembu sekandang. Di mana kepayahan sebenarnya? Masya Allah..... saya dapat rasakan betapa sukarnya Arwah Mak saya dan abah membesarkan saya. Setiap keperluan saya dipenuhi, saya ditatang bagai minyak yang penuh sehinggakan Arwah Mak jadi risau seandainya 1 hari, saya bakal mengecewakan keluarga.

Masa berlalu dan berkat percampuran dengan kawan yang betul, dibimbing oleh ustaz dan ustazah yang layak, memilih persekitaran yang sihat untuk menjalani kehidupan, saya membina jatidiri untuk menjadi anak, isteri, mama, muslimah yang menghormati orang tua, berbudi bahasa, menjaga maruah diri dan meletakkan agama sebagai asas hidup.

Sayangnya... tidak semua anak di luar sana menghargai kehadiran ibubapa dan ahli keluarga mereka. Ramai yang terus dibelenggu rasa bangga diri dengan apa jua kelebihan yang ada. Rupa paras, harta dunia hatta pangkat dan darjat yang jika disalahguna, kelak memakan diri. Yang lebih menyedihkan, tiada langsung ciri-ciri tersebut namun masih membelakangkan agama, ibubapa dan keluarga. Ini sungguh mengecewakan...

Adik-adik, anak-anak.... Walau seburuk mana pun ibu dan bapa kita, tiada berdosa seandainya anak-anak mengalah memaafkan kekhilafan ibu dan bapa... tidak akan berkurang keberkatan hidup seandainya anak-anak datang bersalaman dan tunduk hormat pada ibu dan bapa.... ruang dan peluang yang ada rugi jika disia-siakan...

Kehidupan ibarat roda... hari ini kita berada di atas, tidak selamanya kita berada di situ... sudah bersediakah kita berhadapan dengan kegagalan? sudah bersediakan kita menghadapi kehancuran??
Tergurisnya hati ibu dan bapa tanpa sengaja apatah lagi disengajakan, dimanakah level kita sebagai anak?

Ibu bapa.... harta bukan segala-galanya.... kasih sayang yang ikhlas lebih bertahan lama dari mahligai dan singgahsana....

Kembalilah kepada Allah.... semoga semua memperoleh barakah.... Wallahualam....

Notakaki : Anak lelaki zaman sekarang juga mencabar minda dan fizikal ibu bapa untuk membesarkan mereka. Here comes, the power of Moms' Doa!

Thursday, 10 January 2013

Bersediakah saya bila my Sofya berbicara soal 'couple' n 'kahwin'???

 Assalamualaikum pembaca tegar dan pendatang baru,
Dipetik dari beberapa status FB sahabat-sahabat saya :
First situation:-
Sofea: Mama, bila Sofea nak dapat abg?
(abg = husband, as what she knew from me calling Azlan, abg)
Mama: Hmm.. lambat lagi la kakak. Lagipun kakak nak buat apa kalau ada abg?
Sofea: Tapi kalau Sofea tak kahwin nanti mcm mana?
Mama: Kakak kan kecil lagi. Tunggu besar nanti ok.
Sofea: Ok Mama! Thank you.. 
Second situation:-
Mami Fatin ada secret nak bagitau. Apadia?ada boy dlm class fatin dia cakap dia suka kat fatin.hah..pastu fatin ckp apa.. fatinpun ckp fatinpun suka ngan dia.. Amboi.. fatin 7 yrs old baru mana boleh suka2 org ni.. yelah tp fatin dah tak jadi suka kat dia dah..nape? Sbb tadi dia terbuang air dlm class...
Third situation:-
2013, Safya is 4 y.o.now..
Safya: Ummi..bilaa lah adik boleh kawin..
Me: (Oh my..this topic again - I try to brace my self for the discussion)
Me: Hmm..kenapa Safya nak kawin?
Safya: Supaya adik boleh dpt anak...adik nak bersalin normal tau?
Me: (warggggh this is already too much for me!!! Could she just stop being so knowledgable in this topic!)
Tatkala terpandang perbincangan ibu dan anak ini di FB saya, pantas perkataan pertama yang bermain diminda adalah bertuah sungguh ibu-ibu ini punyai anak yang bijaksana dan petah berkata-kata sebijak ibu-ibu mereka jua. Saya juga punya seorang anak perempuan yang semakin hari semakin petah berbicara. Meski usianya menginjak ke 3 tahun, ada juga kerisauan yang timbul sekiranya anak perempuan saya terlebih bijak dari usia sebenarnya kelak. Saya cuba mendapatkan maklum balas dari ibu-ibu yang berdepan dengan situasi di atas, namun ia tidaklah semudah yang disangka. Apa cara, bagaimana juga, tarbiyah dan dakwah yang ingin disampaikan perlulah mempunyai strategi yang sangat halus untuk menyeimbangkan antara tumbesaran anak dan daya pemikiran yang selaras dengan fitrah mereka.
Notakaki : Semoga anak-anak perempuan kita dipelihara dari segala macam fitnah dunia dan dilindungi maruah mereka hingga akhirat.... Aminnn....

Saturday, 24 November 2012

Legoland vs USS

selamat pagi dan assalamualaikum,

baru sebentar tadi seorang sahabat baik bertanya mana nak bawak anak-anak cuti sekolah ni ek? Legoland ke USS?

Di bawah adalah pandangan saya secara ikhlasnya:-

1) kalau betul-betul niat nak main semua rides, pa n ma tak payah bawak anak-anak sebab memang rides yg mencabar mencabar di dua dua tmpt mmg tak boleh anak2 below 120cm naik.

2) Di USS, mainan untuk baby, anak2 below 4 yrs ada sedikit limited tapi...... USS ada ramai ikon yang kanak2 suka mcm Kungfu Panda, Daisy Duck, etc. USS juga tak berapa luas dan x berapa panas sbb keliling banyak kipas yang menyembur air dipasang utk control heat. plus, sebelah USS ada juga tarikan lain seperti cable car, etc (lain charges). plus, luar USS ada shopping complex yg  besar jugak for shopping ;-)

3) Di Legoland, terdapat banyak option utk kanak2 involved such as junior driving school, large playground, small train, big train, theatre 4D, tower, main padamkan kebakaran, dragon roller coaster.

saya bukanlah bias suruh bawak anak2 pi Legoland sebab saya orang Malaysia dan mmg anak jati Johor plus x dpt apa2 komisyen pun kalau promote. saya beri pandangan sebab saya ada 2 anak, dua2 tmpt saya dah bawak mereka. nampaknya, di Legoland ada lebih pilihan berbanding USS.

Tapi..... kalau ada rezeki lebih, bawaklah anak2 pi dua dua tmpt sebab dua dua pun best.

Footnote: BFF (blog fren forever) saya cakap, bawak anak2 pi Disneyland paling best.... herm... baiklah Aunty Zety, we follow....

Friday, 21 September 2012

Friday Thought

Assalam my loyal readers (u know who u're)

Yesterday, I went to see my 'mom', recited her Yasinan and send her doa so she may rest in peace in the other world. Miss her so much, miss her words, miss her ideas, miss her pinches, miss her everything... Halimah Haji Lassim, Al Fatihah....

Today, I created a Whatsapp Group Chat named ex Alimkids JB Mommies. Alhamdulillah, all mommies responded well and we may keep in touch frequently after today. One of the plan for all mommies to get the Legoland Annual Pass so we can re-unite there one fine day.

It is good to see someone who previously were very close to you.

It is good to meet your previous teachers and lectuers who have contributed various knowledges to you till you become someone today.

It is good to recall back your relatives and strengthen back your family relationship with them after a very long time missing in action.

It is good to be good.

Fully utilized your life before you die, your wealth before you poor, your young before you old, your healthy before you pain, your free before its end....

p/s : Next week, back to school.. fully geared...

Tuesday, 24 July 2012

black hawk down

salam ramadhan readers,

2:12am......

just finished watching black hawk down @channel berbayar Astro.

terpanggil untuk mencoretkan sesuatu:

1)perlukah tentera amerika masuk campur urusan perang saudara di Mogadishu? (they claimed, somalian militan had killed thousand civillians).

2)adakah benar tentera amerika nak berperang atau keputusan diambil oleh pemimpin
meraka yang ingin menonjolkan amerika ialah pengaman dunia?

3)Jeneral Aidid's words are reasonable. Even he was dead, their peoples, their cultures, their spirits, their minds were remain the same.... negotiotian through war.

4)pakistan-muslim, somalia-muslim=neighbour but........ really sad....

5)19 american soldiers dead, thousand somalian dead = muslim terorrists.

I feel bad for those who are dead, both side..... it will be better if there's NO Wars at all....