200% trust on ALLAH!

200% trust on ALLAH!
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Sunday, 12 January 2020

Hectic Week Ended with positive vibes.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

Minggu kedua 2020 telah berlalu, apa yang telah anda lalui????

Saya????


  • Urusan pendaftaran anak-anak-anak ke tadika dan sekolah.



  • Kelas Tuisyen BM & BI Adam Iman bermula.



  • Mesyuarat dalam dan luar universiti.



  • Menyediakan soalan survei untuk pelanggan. 



  • Memulakan sessi latihan pengajaran dan pembelajaran yang sangat mencabar pada Adam Amir.


Sangat HECTIC!!

Finally!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


This is the best part for the rest of the week!!!

"Ya ALLAH, peliharalah ibu bapa kami, kurniakan mereka kesihatan yang terbaik dan limpahi mereka dengan kelapangan untuk beribadah kepadaMU.... ameennnn...."

Notakaki : Perjalanan yang indah apabila masih ada ibu ayah. Hargailah mereka sementara masih punya masa..


Monday, 17 February 2014

Ahmad Ammar - Pencetus Kebangkitan Ummah

Assalam readers,

Alhamdulillah, I am still here. Too busy with dunia fil akhirat itenary.  Insya Allah, will be back on track after this....  For those who would like to place an order for this Great Late Ahmad Ammar's book, please PM me 'laju-laju' @0192334454. RM23 plus postage. Very limited edition. Sharing is Caring,  May Dakwah continue.... aminnn...


 Footnote : Oh Allah, do grant Rozailin and all her friends with all health and wealth, aminnnn...

Monday, 9 September 2013

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri

Assalam pembaca,

Kisah di satu petang......


Seorang Hamba Allah menyerahkan nota RM50 pada pelayan restoran untuk membayar bil di atas. Selang beberapa minit, wang lebih dikembalikan. Hamba Allah berkenaan menganbil dan mengira jumlah wangnya. Didapati wang yang diberi berjumlah RM59.30.

Apakah yang perlu dibuat oleh Hamba Allah berkenaan???

A) Ambil saja dan terus berlalu
B) Meninggalkan RM9.30 dan ambil yang selebihnya lantas berlalu
C) Memanggil pelayan berkenaan dan nyatakan kesilapan beliau, ambil baki yang selayaknya dan berlalu

Pernahkah anda berdepan dengan situasi begini? Kalau anda berada di tempat Hamba Allah berkenaan, apakah agaknya reaksi anda???

Kalau saya???? 

(Saya tanya anda, anda tanya saya pula... herm... takpe, saya jawab lah :-)).

Dalam situasi sebegini, apakah faktor yang mendorong anda untuk mengambil tindakan berikutnya? Apakah yang menjadi pegangan anda?

Dalam keadaan anda makan berseorangan, belum ramai pelanggan di dalam restoran berkenaan serta pelayan juga tidak sedar yang dia telah melakukan kesilapan.

Maka, apa yang lebih besar dari segala hal yang ada di persekitaran anda haruslah menjadi KEUTAMAAN. Meski tiada pelanggan yang nampak, pelayan juga tidak sedar akan kealpaan dia.... TAPI..... sesungguhnya ada yang memerhatikan anda!

Ingatlah wahai pembaca, tak silap pepatah orang-orang lama. 
"Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri."
Andai anda yakin ada yang memerhati, anda akan sedar, anda telah melakukan kesilapan sekiranya anda memilih jawapan A atau B. Begitu juga dalam hal-hal lain terutama dalam urusan kewangan dalam kehidupan kita.......

Notakaki :  Cantik rupanya ikan senohong ni. First time saya tengok. Namun, kenapa nama ikan ini juga dikaitkan dengan bercakap bohong dan mencuri???? Pasti ada sesuatu yang tersirat... Wallahualam....


Monday, 15 July 2013

Resipi Puding Roti Bakar bersama Sos Vanilla

Assalam pembaca,

Alhamdulillah, ada rezeki lebih sedikit, saya dapat membeli 'oven' comeyy-comeyy harga RM70 (offer dari Giant). Hari ini perasmiannya saya buat "puding roti bakar bersama sos vanilla"

Taraaaaa.....

Fresh dalam Oven

Dulang Love - Without 'Badam' for kiddos

Dulang Rectangular - With 'Badam' for adults

Sos Vanilla

Mari kita kongsi resipi yang telah saya 'improvised' untuk hidangan 3 dewasa 2 kanak-kanak :-

Puding Roti :-

6 keping roti Gardenia Butterscoth
500 ml fresh milk
Sedikit gula (ikut citarasa)
Secubit garam
1 biji telur
Sedikit badam

Panaskan 'oven' ke suhu 170 darjah

Cara-cara :-
1. Sangaikan badam di dalam kuali dengan api yang paling kecil kemudian simpan dalam tupperware
2. Koyak-koyakkan roti
3. Masukkan dalam bekas
4. Masukkan fresh milk dan kacau perlahan-lahan
5. Masukkan gula dan garam kacau perlahan-lahan
6. Masukkan telur dan kacau perlahan-lahan
7. Masukkan semua adunan ke dalam loyang
8. Taburkan badam secara rawak di atas adunan yang telah dimasukkan ke dalam loyang
9. Bakar pada suhu 170 darjah dan anggaran masa 40-50 minit

Sos Vanilla :-
450 ml fresh milk
50 ml susu tin cair
3 sudu gula
Sedikit esen vanilla
1 sudu tepung kastard
Sedikit air panas

Cara-cara :-
1. Tuangkan fresh milk ke dalam periuk
2. Masukkan susu cair
3. Masukkan gula
4. Tunggu hingga mendidih
5. Di dalam satu bekas lain, masukkan tepung kastard dengan air panas, gaul hingga rata
6. Setelah bahan dalam periuk mendidih, matikan api
7. Masukkan esen vanilla
8. Masukkan tepung kstard yang telah dicairkan dalam air panas tadi
9. Kacau perlahan lahan
10. Tunggu hingga sejuk
11. Masukkan dalam peti ais

Nanti, potong bahagian puding roti, kemudian sira kan sos vanilla ke atasnya. Tiada gambar sebab posting ni dibuat sebelum waktu berbuka... kalau dah potong kena terus makan :-D.

Semoga ilmu yang disampaikan memberi manfaat pada pembaca di luar sana.

Notakaki : Homestay Teratak-Kecil-Adamaya di Bandar Seri Putra fully booked till July 2014. Thank You Allah....


Friday, 14 June 2013

Anak prempuan seorang - Masya Allah.....

Assalam pembaca,

Lama saya tidak mencoret sesuatu yang boleh membuka minda untuk dikongsi bersama. Komitmen pelajaran meletakkan blog saya bukan sebagai keutamaan. Saya baru habis menjalani mini-viva di peringkat jabatan. Saya punya 3-4 bulan tempoh untuk hantar thesis sblm memulakan semula kerjaya sebagai Pensyarah.

Sejak dua menjak ini, emosi saya sering terganggu tatkala melihat senario yang berlaku di keliling kita. Melihat pada tumbesaran anak perempuan saya, terasa peristiwa 30 tahun dahulu berputar semula. Masyarakat melabelkan, menjaga anak perempuan seorang lebih payah dari lembu sekandang. Di mana kepayahan sebenarnya? Masya Allah..... saya dapat rasakan betapa sukarnya Arwah Mak saya dan abah membesarkan saya. Setiap keperluan saya dipenuhi, saya ditatang bagai minyak yang penuh sehinggakan Arwah Mak jadi risau seandainya 1 hari, saya bakal mengecewakan keluarga.

Masa berlalu dan berkat percampuran dengan kawan yang betul, dibimbing oleh ustaz dan ustazah yang layak, memilih persekitaran yang sihat untuk menjalani kehidupan, saya membina jatidiri untuk menjadi anak, isteri, mama, muslimah yang menghormati orang tua, berbudi bahasa, menjaga maruah diri dan meletakkan agama sebagai asas hidup.

Sayangnya... tidak semua anak di luar sana menghargai kehadiran ibubapa dan ahli keluarga mereka. Ramai yang terus dibelenggu rasa bangga diri dengan apa jua kelebihan yang ada. Rupa paras, harta dunia hatta pangkat dan darjat yang jika disalahguna, kelak memakan diri. Yang lebih menyedihkan, tiada langsung ciri-ciri tersebut namun masih membelakangkan agama, ibubapa dan keluarga. Ini sungguh mengecewakan...

Adik-adik, anak-anak.... Walau seburuk mana pun ibu dan bapa kita, tiada berdosa seandainya anak-anak mengalah memaafkan kekhilafan ibu dan bapa... tidak akan berkurang keberkatan hidup seandainya anak-anak datang bersalaman dan tunduk hormat pada ibu dan bapa.... ruang dan peluang yang ada rugi jika disia-siakan...

Kehidupan ibarat roda... hari ini kita berada di atas, tidak selamanya kita berada di situ... sudah bersediakah kita berhadapan dengan kegagalan? sudah bersediakan kita menghadapi kehancuran??
Tergurisnya hati ibu dan bapa tanpa sengaja apatah lagi disengajakan, dimanakah level kita sebagai anak?

Ibu bapa.... harta bukan segala-galanya.... kasih sayang yang ikhlas lebih bertahan lama dari mahligai dan singgahsana....

Kembalilah kepada Allah.... semoga semua memperoleh barakah.... Wallahualam....

Notakaki : Anak lelaki zaman sekarang juga mencabar minda dan fizikal ibu bapa untuk membesarkan mereka. Here comes, the power of Moms' Doa!

Tuesday, 18 December 2012

Sharing is caring part 4 - tips for Pa n Ma bringing kids to Hong Kong Disneyland

Assalam pembaca,

Alhamdulillah, selamat sudah saya membentang kertas kerja di Annual Global Economic Business  and Finance (GEBF) 2012 di Hong Kong. Di kongsi bersama itenary yang mungkin boleh dijadikan panduan dan 'Things to Do in Hong Kong Disneyland untuk Pa n Ma yang mempunyai anak berusia sekitar 2-5 tahun seperti kami.


 



 THINGS TO DO IN HONGKONG DISNEYLAND ACCORDINGLY:

A) MAIN STREET USA
* CITY HALL – 1ST SEWA STROLLER
* MEET MICKEY, MINNIE, DONALD, DAISY, GOOFY, PLUTO, CHIP N DALE
* HONGKONG DISNEYLAND RAILROAD
* ART OF ANIMATION
* ANIMATION ACADEMY
* MAIN STREET VEHICLES
* MICKEY RIFFIC STREET PARTY – 12.00 PM
* PARADE – 3.30 PM
* DISNEY AND STARTS FIRWORKS – 8.00 PM

B) FANTASYLAND
* IT’S A SMALL WORLD
* MICKEY PHILHARMAGIC
*THE GOLDEN MICKEY – REFER SCHEDULE
* FANTASY GARDENS
* THE MANY ADVENTURES WINNIE THE POOH
* SLEEPING BEAUTY CASTLE
* MAD HATTER TEA CUP
* DUMBO THE FLYING ELEPHANT
* FANTASYLAND TRAIN STATION
* SWORD OF THE STONE
* MEET MICKEY, MINNIE, SNOW WHITE, CINDERELLA, POOH

C) ADVENTURELAND
* LUNCH AT TAHITIAN TERRACE – HALAL RESTAURANT
* JUNGLE RIVER CRUISE
* RAFTS AND TARZAN TREEHOUSE
* LIKI TIKIS - BASAH
* LION KING STAGE SHOW – REFER SCHEDULE

D) GRIZZLY GULCH
* GEYSER GULCH
* GRIZZLY GULCH WELCOME WAGON SHOW
* MEET MICKEY, MINNIE, CHIP N DALE

E) TOY STORY LAND
*TOY SOLDIER PARACHUTE DROP
* SLINKY DOG SPAIN
* BARREL OF FUN
* CUBOT

F) TOMORROWLAND
* BUZZ LIGHTYEAR ASTRO BLASTER
* LILO AND STICH STAGE SHOW
* AUTOPIA
* ORBITRON
* UFO ZONE – BASAH

Kali ni tak semua yang kami plan di Disneyland dapat kami main disebabkan kekangan masa dan cuaca ada sedikit panas, insya Allah, ada rezeki kami akan pergi lagi. Ada apa-apa soalan, jangan malu, jangan segan, sila lah bertanya :-)

NOTA KAKI : Nantikan 4th GA Activity yang akan dilancarkan pada bila-bila masa sahaja! Jadilah orang pertama memberi komen dalam entri saya selepas ini serta jgn lupa jadi Follower untuk mendapatkan HADIAH MISTERI dari saya ;-)

Wednesday, 14 November 2012

Back dated - Sharing is caring part 2.. ;-) - tips 4 pa n ma bringing kids to Universal Studio Singapore! – (Sendiri Pandu)

Atas permintaan ramai yang tak boleh akses FB saya, harap dapat membantu :

(Source : FB Rozailin Rahman - direct copy paste without any alteration)

"Assalamualaikum pa n ma di luar sana. Last tips saya highlight kan sudah hampir 6 bulan usianya. Alhamdulillah, 080511 yang lepas, saya, suami, adik ipar dan sepupu belah suami menghabiskan cuti hujung minggu kami di Universal Studio Singapura (USS). USS ialah lebih kurang mcm sebuah taman tema. Untuk mereka yang berkeinginan membawa anak-anak ke taman tema yang mempunyai keluasan yang agak besar serta tarikan yang tersendiri berbanding pusat membeli belah biasa, diharap tips di bawah ini dapat membantu :-

1) Beli tiket online. Ia jimat! Ia mudah! Ia murah! (even 1 day earlier). Selalu lah tgk website USS (http://www.rwsentosa.com/Attractions/UniversalStudiosSingapore). Boleh dikatakan tetiap bulan ada promosi yang berbeza-beza.

2) Bagi yang berada di negeri Johor, dinasihatkan bertolak lah selepas subuh untuk sampai awal ke destinasi (Second Link is advisable!). Cepat sampai , banyak benda boleh buat. Kalau outsiders, better stay 1 night di Johor, then esoknya mulakan perjalanan. Pastikan isi kad putih siap-siap sebelum masuk untuk mengelakkan kena tahan kat imegresen Singapore dan tunggu hampir 40 minit baru leh masuk. Huh! For 1st time car get in to Singapore, bring along your road tax coupon and car grant. Buy autopass card (ala-ala kad touch n go) for toll and parking payment in Singapore. Parking for 1 day at USS will cost you $26.

3) Untuk perjalanan sehari, boleh bawa 1 beg - susu+thermos+3 botol (papa pegang), satu lagi beg - pampers+baju salinan pa,ma n anak-anak+tuala (mama pegang).

4) For those with 2 kids – twin stroller is highly recommended with kids fan. No kid’s fans for stroller are available in the USS. Kalau hari panas, sangat panas. Kesian anak kalau xde kipas stroller. Sorry ADAMAYA, next time okay ;-)

5) Bites for baby jgn lupa untuk lekakan anak-anak. HARUS!

6) Place yang kanak-kanak between 2-5 years old bleh main dan join JUST Treasure Hunters, Accelarator, Shrek 4-D Adventures, Donkey Live, Magic Potion Spin, Waterworld and King Julien’s Beach Party-Go-Round. Below 2 ONLY can join Treasure Hunters, Shrek 4-D Adventures and Donkey Live.

7) Elak naik Battlestar Galactica awal. Better naik last skali bila nak balek sbb kalau yg tak tahan, naik awal, prut senak, nafas tercungap-cungap, lari mood nak main benda benda lain..tak gituh Che Yong!

8) Tengah tengah hari best masuk Jurassic Park Rapid Adventure. Kasik basah habess..lepas tuh salin baju, makan!

9) Recommended restaurant to take lunch is Marty’s Casa Del Wild at Madagascar area. Ia sedap! Ia banyak! Tempatnya sejuk! Dan yang penting , Ia Halal!!!!. For those who brings 6th month baby and above yang baru nak blajar makan, 7 Eleven kat main entrance ada jual Mash Potatoes Make it Yourself yang sangat sedap dan murah. Cuma 1 Singapore Dollar.

10) Bawak siap-siap payung tak kira hari panas atau hari hujan. Again, kalau panas, mmg panas. Kalau hujan, mmg hujan.

11) Kalau nak rasa naik semua, sistem penggiliran antara Pa n Ma untuk main perlu dilaksanakan. Sorang naik, sorang jaga anak. Tapi x syok kan tak dpt skali ngan hubby or honey?

12) It is good kalau bleh bawak another accompany such as cousins, BIL, SIL yang bleh harap again, yang boleh diharap untuk pantau anak-anak dan barang-barang. Big credits to Ucu Nid, Che Yong n Uncle Acidd Bieber for helping us all the ways.

13) Last one but the MOST important one, there’s no such praying room or surau in USS. The best place to pray is in the baby’s changing room. It’s very clean; just bring your compass and praying materials. Bawak masuk anak, solat sekali dalam tu. Gilir-gilir dengan suami.


To be honest, kalau pa n ma niat nak enjoy all the rides and show at USS, bringing kids under 7 years old is very tiring and challenging either during hot or rainy day. It is advisable for both pa n ma ONLY to go there and enjoy, make the day as your so called “honeymoon 1 day” without kids. But, for those who just want to have leisure, relax and to see that place, bringing kids is a kind of exciting and memorable day for a family weekend activity. So, what am I planning, next time Encik Firdaus Muhammad, kite gi bedua je laa eik…bleh naik roller coaster kepala ke bawah…hahahahhaha…

These tips may imply to some people, but may not to other person. It does vary individually. You are the one who knows your own kids. If your kids can be controlled, it will be a great day to your family! Otherwise, you will need to arrange an alternatives how to make your family trip to USS as one of the memorable visit ever after. For those who has been to any other huge theme parks such us Hong Kong Disneyland, Paris Disneyland or Walt Disney World Resort Florida, don’t make such comparison as USS is just too small to be compared ;-)

Ok guys, that’s all for this time. Will come out with another tip next time! Feel free to share with your loves one ;-)

Wassalam…"


 Footnote : After more than a year, I believed USS has few additional rides such as Transformers Zone, etc. 

Tuesday, 25 September 2012

Sharing is caring part 3 - tips for Pa n Ma bringing kids to Legoland Malaysia

assalam pembaca,

Ini merupakan entri ketiga saya tentang 'Sharing is caring' selepas entri pertama ttg tips for Pa n Ma bringing kids to overseas (2010) dan entri kedua tips for Pa n Ma brining kids to Universal Studio Singapore (USS) (2011) melalui akaun Facebook saya.

Legoland Malaysia terletak di Nusajaya, Johor Darul Takzim. Masih baru beroperasi, masih banyak kelemahan seperti yang di maklumkan dalam entri BFF saya http://mariaariffbaby.com/2012/09/03/some-recommendation-for-improvement-of-legoland-malaysia/,

NAMUNNNNNNNNNNN

ia tidak menjadi masalah untuk anda membawa keluarga dan anak-anak ke sini kerana ia tetap BEST!!!!!

Antara tips-tips yang boleh saya kongsi ialah :-

1) Bagi mereka yang ingin masuk tanpa ANNUAL PASS, dinasihati beli tiket 7 hari awal untuk mendapatkan diskaun dari harga asal. http://www.legoland.com.my/Plan/Prices-and-Tickets/

2) Bertolaklah awal dari rumah/hotel untuk ke Legoland (especially cuti umum , Sabtu dan Ahad) supaya dapat masuk exactly jam 10 pagi dan dapat main semua rides dengan happy. (Elak cuaca sangat panas di tengahari dan juga kalau hujan, semua rides ditutup).

3) Untuk masuk ke Entrance Legoland, pastikan parking kereta di Zon 2, kalau Zon 1 dekat dengan Medini Mall (tempat makan-makan, restoran, kedai , etc - jauh nak berjalan ke entrance).

4)Better bawak stroller sendiri sebab kalau nak sewa, single stroller rm15, double stroller rm30 (stroller dia memang cantik, warna kuning+biru+merah, tapi bukan boleh bawak balek pun dan duit tak return balek). Tapi, kalau nak sewa pun okay, sebab anak-anak mesti seronok dapat naik stroller Legoland yang memang tak ada jual kat pasaran biasa. Ikut kemampuan Pa n Ma.
 - Boleh pasang kipas di stroller anak, boleh bawak payung atau pakaikan topi.

5) Pakaikan anak anak dengan pakaian yang nipis (singlet style bagus) sebab cuaca mmg sgt sgt panas so kanak-kanak tak memberontak sebab panas.

6) Actually, di pintu masuk, ada staff yang akan check beg (tujuan untuk elak pengunjung bawak makanan+minuman sendiri). Tapii.......... derang masih lagik bertolak ansur apabila kita katakan beg yang kita bawak adalah perkakasan anak-anak untuk menyusu. SOOOOOOOOOOOOO, standby siap-siap air mineral, air kotak, biskut, jajan untuk Pa n Ma dan kiddos sebab makanan dan minuman dalam Legoland memang agak mahal coz dia International Rate such as Coca Cola sebotol RM6 begitu juga ais krim cornetto. Boleh juga beli di dalam sebab ada Cafe dan Restoran yang jual makanan sedap-sedap. Yang penting, semua HALAL!

7) Tak semua rides anak-anak boleh naik. Ada yang dia ikut ketinggian. Minima 90cm. Jadinya, banyak rides best saya tak boleh main sebab AYA baru 82cm. Tanya dulu sebelum naik, so, tak payah buang masa nak beratur panjang-panjang, last-last tak boleh main.

8) Tempat yang sejuk dan best utk istirehat selepas berpanas ialah Lego Studio dan Build & Test dalam kawasan IMAGINATION.


9) Sehingga bulan Oktober (tarikh tak tahu bila), parking di Legoland Malaysia masih FOC.

10) Surau, baby's changing rooms ada dan sangat sangat sangat selesa.

11) Bawak duit lebih sedikit, boleh beli suvenir yang pun tak berapa nak murah, tapi kalau yang masuk sekali at least boleh beli buat kenang kenangan.

12) Jika ada anak-anak lebih dari seorang, bawak lah pasangan/atok/nenek/maid untuk temankan supaya anak-anak dapat bermain dengan riang dengan kawalan dan tidak hilang.

Kalau ditanya pada saya secara peribadi, memang tak puas jika masuk 1 kali sahaja sebab Legoland Malaysia sangat besar. 3-4 jam pun dah pancit+cuaca yang tak berapa nak redup. Namun, jika anda bukan pemegang ANNUAL PASS, pastikan kunjugan anda berbaloi-baloi dengan persediaan stamina dan mental serta financial yang mantooopppp!!!

p/s: Masih ada beberapa kawasan dalam Legoland yang belum kami terokai. Mudah-mudahan tips yang ringkas ini dapat membantu.