200% trust on ALLAH!

200% trust on ALLAH!
Showing posts with label taqwa. Show all posts
Showing posts with label taqwa. Show all posts

Monday, 9 September 2013

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri

Assalam pembaca,

Kisah di satu petang......


Seorang Hamba Allah menyerahkan nota RM50 pada pelayan restoran untuk membayar bil di atas. Selang beberapa minit, wang lebih dikembalikan. Hamba Allah berkenaan menganbil dan mengira jumlah wangnya. Didapati wang yang diberi berjumlah RM59.30.

Apakah yang perlu dibuat oleh Hamba Allah berkenaan???

A) Ambil saja dan terus berlalu
B) Meninggalkan RM9.30 dan ambil yang selebihnya lantas berlalu
C) Memanggil pelayan berkenaan dan nyatakan kesilapan beliau, ambil baki yang selayaknya dan berlalu

Pernahkah anda berdepan dengan situasi begini? Kalau anda berada di tempat Hamba Allah berkenaan, apakah agaknya reaksi anda???

Kalau saya???? 

(Saya tanya anda, anda tanya saya pula... herm... takpe, saya jawab lah :-)).

Dalam situasi sebegini, apakah faktor yang mendorong anda untuk mengambil tindakan berikutnya? Apakah yang menjadi pegangan anda?

Dalam keadaan anda makan berseorangan, belum ramai pelanggan di dalam restoran berkenaan serta pelayan juga tidak sedar yang dia telah melakukan kesilapan.

Maka, apa yang lebih besar dari segala hal yang ada di persekitaran anda haruslah menjadi KEUTAMAAN. Meski tiada pelanggan yang nampak, pelayan juga tidak sedar akan kealpaan dia.... TAPI..... sesungguhnya ada yang memerhatikan anda!

Ingatlah wahai pembaca, tak silap pepatah orang-orang lama. 
"Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri."
Andai anda yakin ada yang memerhati, anda akan sedar, anda telah melakukan kesilapan sekiranya anda memilih jawapan A atau B. Begitu juga dalam hal-hal lain terutama dalam urusan kewangan dalam kehidupan kita.......

Notakaki :  Cantik rupanya ikan senohong ni. First time saya tengok. Namun, kenapa nama ikan ini juga dikaitkan dengan bercakap bohong dan mencuri???? Pasti ada sesuatu yang tersirat... Wallahualam....


Friday, 14 June 2013

Anak prempuan seorang - Masya Allah.....

Assalam pembaca,

Lama saya tidak mencoret sesuatu yang boleh membuka minda untuk dikongsi bersama. Komitmen pelajaran meletakkan blog saya bukan sebagai keutamaan. Saya baru habis menjalani mini-viva di peringkat jabatan. Saya punya 3-4 bulan tempoh untuk hantar thesis sblm memulakan semula kerjaya sebagai Pensyarah.

Sejak dua menjak ini, emosi saya sering terganggu tatkala melihat senario yang berlaku di keliling kita. Melihat pada tumbesaran anak perempuan saya, terasa peristiwa 30 tahun dahulu berputar semula. Masyarakat melabelkan, menjaga anak perempuan seorang lebih payah dari lembu sekandang. Di mana kepayahan sebenarnya? Masya Allah..... saya dapat rasakan betapa sukarnya Arwah Mak saya dan abah membesarkan saya. Setiap keperluan saya dipenuhi, saya ditatang bagai minyak yang penuh sehinggakan Arwah Mak jadi risau seandainya 1 hari, saya bakal mengecewakan keluarga.

Masa berlalu dan berkat percampuran dengan kawan yang betul, dibimbing oleh ustaz dan ustazah yang layak, memilih persekitaran yang sihat untuk menjalani kehidupan, saya membina jatidiri untuk menjadi anak, isteri, mama, muslimah yang menghormati orang tua, berbudi bahasa, menjaga maruah diri dan meletakkan agama sebagai asas hidup.

Sayangnya... tidak semua anak di luar sana menghargai kehadiran ibubapa dan ahli keluarga mereka. Ramai yang terus dibelenggu rasa bangga diri dengan apa jua kelebihan yang ada. Rupa paras, harta dunia hatta pangkat dan darjat yang jika disalahguna, kelak memakan diri. Yang lebih menyedihkan, tiada langsung ciri-ciri tersebut namun masih membelakangkan agama, ibubapa dan keluarga. Ini sungguh mengecewakan...

Adik-adik, anak-anak.... Walau seburuk mana pun ibu dan bapa kita, tiada berdosa seandainya anak-anak mengalah memaafkan kekhilafan ibu dan bapa... tidak akan berkurang keberkatan hidup seandainya anak-anak datang bersalaman dan tunduk hormat pada ibu dan bapa.... ruang dan peluang yang ada rugi jika disia-siakan...

Kehidupan ibarat roda... hari ini kita berada di atas, tidak selamanya kita berada di situ... sudah bersediakah kita berhadapan dengan kegagalan? sudah bersediakan kita menghadapi kehancuran??
Tergurisnya hati ibu dan bapa tanpa sengaja apatah lagi disengajakan, dimanakah level kita sebagai anak?

Ibu bapa.... harta bukan segala-galanya.... kasih sayang yang ikhlas lebih bertahan lama dari mahligai dan singgahsana....

Kembalilah kepada Allah.... semoga semua memperoleh barakah.... Wallahualam....

Notakaki : Anak lelaki zaman sekarang juga mencabar minda dan fizikal ibu bapa untuk membesarkan mereka. Here comes, the power of Moms' Doa!

Friday, 27 July 2012

Jodoh pasti ada......

assalam readers,

Salam 7 Ramadhan. Semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah Ta'ala...insya Allah.

Sayu rasa di hati ini mengenangkan satu perkara... tapi.... apa yang menjadi sayu itu tidak dapat didedahkan lagi buat masa kini kerana bimbang luahan hati bakal dimanipulasi oleh insan-insan 'terlebih' prihatin hingga mengundang kontroversi dan kelak menjadi bencana dalam diri.

Jejari ku merasa terpanggil untuk berkongsi permasalahan seorang sahabat baik yang begitu dekat di hati meski jauh di mata. Tatkala menerima pesanan ringkas melalui aplikasi di telefon pintarku semalam, jauh di sudut hatiku merasakan betapa tabahnya hatimu wahai sahabat...

Sahabat : Salam Mubarak to u and family dear.
Me : Apa khabar _________?, lama tak dengar cerita.
Sahabat : Alhamdulillah, penat. Baru balik dari umrah. Masa di sana kite teringat kat awak.
Me : Bestnyaaa... Gi ngan sape? Tahu kirim doa.
Sahabat : Kite dah doakan tuk Olin sekeluarga... g ngan mak ayah.
Me : Alhamdulillah. Mekaseh.
Sahabat : Olin pun doakan kite dpt temu jodoh k.
Me : Mesti. Mcamana skrang? Ada sesape?
Sahabat : Camni je la..... sorang2... hrp doa kita dimakbulkan... kite dpt sambut posa kat sne tau.. alhamdullillah rezeki.
Me: Tuh laa... mesti best.. herm... sengsorang ye................................. pasti Allah janji yg paling baik.
Sahabat : insya Allah..... or mungkin jodoh kite tunggu di syurga.. kita xtau kan...tp, mak makin x sehat... ayah pun... :-(... sedih gak bila tgk dieorg sedih..
Me : Ye ke???? Mak sakit apa?? Ayah?????
Sahabat : Antibodi x kuat... makin lemah ingatan.. makin x de tenaga..
Me : Masya Allah... Banyakkan berdoa ____________________, lagi-lagi di bulan mulia ini. Doa anak terus sampai ke Allah, untuk ibu bapanya.
Sahabat : Insya Allah Olin.

Sahabat, kau antara yang terbaik pernah ku miliki. Aku yakin dan pasti, ujian jodoh yang Allah berikan padamu terlalu banyak hikmahnya. Walau di mana jua kau berada kini, doaku sentiasa ada buatmu. Namun, ku tahu resam manusia... yg bujang, inginkan jodoh, dah berjodoh, inginkan anak, sudah ada anak , bila nak tambah lagi... dan lagi... dan lagi... dan lagi......

Yakinlah , jodoh, maut, rezeki dan bala sudah siap tertulis di Luh Mahfuz sana... hanya bila, bagaimana, di mana sahaja berada di tanganNya... jgn pernah berputus harapan, bergantungan lebih dari sepenuhnya pada Allah kerana Dia tahu apa akan jadi pada masa hadapan, meski kita rasakan baik, belum tentu masa depan juga sempurna.... Doaku sentiasa mengiringi sahabat-sahabat di luar sana agar terus berada di bawah hidayahNya dan memperoleh segala yang dihajati selama mana diri kalian berada di landasan yang benar dan bertaqwa kepada Illahi..... Wallahualam...

p/s : Buat sahabat sekolahku Ismas Isurizazly dan Ayuniza, be tough, be strong, terus berdoa pada Allah, semoga baby kuat dan dapat membesar seperti anak-anak yang lain, insya Allah.