Assalam pembaca,
Lama saya tidak mencoret sesuatu yang boleh membuka minda untuk dikongsi bersama. Komitmen pelajaran meletakkan blog saya bukan sebagai keutamaan. Saya baru habis menjalani mini-viva di peringkat jabatan. Saya punya 3-4 bulan tempoh untuk hantar thesis sblm memulakan semula kerjaya sebagai Pensyarah.
Sejak dua menjak ini, emosi saya sering terganggu tatkala melihat senario yang berlaku di keliling kita. Melihat pada tumbesaran anak perempuan saya, terasa peristiwa 30 tahun dahulu berputar semula. Masyarakat melabelkan, menjaga anak perempuan seorang lebih payah dari lembu sekandang. Di mana kepayahan sebenarnya? Masya Allah..... saya dapat rasakan betapa sukarnya Arwah Mak saya dan abah membesarkan saya. Setiap keperluan saya dipenuhi, saya ditatang bagai minyak yang penuh sehinggakan Arwah Mak jadi risau seandainya 1 hari, saya bakal mengecewakan keluarga.
Masa berlalu dan berkat percampuran dengan kawan yang betul, dibimbing oleh ustaz dan ustazah yang layak, memilih persekitaran yang sihat untuk menjalani kehidupan, saya membina jatidiri untuk menjadi anak, isteri, mama, muslimah yang menghormati orang tua, berbudi bahasa, menjaga maruah diri dan meletakkan agama sebagai asas hidup.
Sayangnya... tidak semua anak di luar sana menghargai kehadiran ibubapa dan ahli keluarga mereka. Ramai yang terus dibelenggu rasa bangga diri dengan apa jua kelebihan yang ada. Rupa paras, harta dunia hatta pangkat dan darjat yang jika disalahguna, kelak memakan diri. Yang lebih menyedihkan, tiada langsung ciri-ciri tersebut namun masih membelakangkan agama, ibubapa dan keluarga. Ini sungguh mengecewakan...
Adik-adik, anak-anak.... Walau seburuk mana pun ibu dan bapa kita, tiada berdosa seandainya anak-anak mengalah memaafkan kekhilafan ibu dan bapa... tidak akan berkurang keberkatan hidup seandainya anak-anak datang bersalaman dan tunduk hormat pada ibu dan bapa.... ruang dan peluang yang ada rugi jika disia-siakan...
Kehidupan ibarat roda... hari ini kita berada di atas, tidak selamanya kita berada di situ... sudah bersediakah kita berhadapan dengan kegagalan? sudah bersediakan kita menghadapi kehancuran??
Tergurisnya hati ibu dan bapa tanpa sengaja apatah lagi disengajakan, dimanakah level kita sebagai anak?
Ibu bapa.... harta bukan segala-galanya.... kasih sayang yang ikhlas lebih bertahan lama dari mahligai dan singgahsana....
Kembalilah kepada Allah.... semoga semua memperoleh barakah.... Wallahualam....
Notakaki : Anak lelaki zaman sekarang juga mencabar minda dan fizikal ibu bapa untuk membesarkan mereka. Here comes, the power of Moms' Doa!
200% trust on ALLAH!
Friday, 14 June 2013
Monday, 20 May 2013
Thursday, 18 April 2013
"Bersama Membanteras Buli di Sekolah"
Assalam pembaca,
Adakah ibubapa sekarang terlalu 'protective' atau tidak mahu musibah yang melanda pelajar-pelajar sebelum ini terkena pada anak kita sendiri? Dalam erti kata lain, kalau dah jadi teruk baru ingin ambil tindakan, siapa yang hendak disalahkan?????
Saya menerima satu panggilan telefon dari seorang yang amat saya hormati petang tadi. 'Beliau' menceritakan tragedi yang menimpa anaknya dibuli di sebuah sekolah berprestij tinggi sedang pembuli dan anaknya baru sahaja Darjah 3. Ironinya, minggu ini 2 kali anak saya pulang dari tadika dengan muka punya kesan cakaran yang sedikit mencalarkan rasa hati saya sebagai penjaga.
Setelah berbincang secara ilmiah dan profesional dengan 'beliau', saya disarankan agar membuat surat bertulis sebagai simpanan dan rujukan bagi mengelakkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini pada masa akan datang.
Apa yang saya risaukan sekiranya anak saya yang mencetuskan situasi pergaduhan di sekolah. Adalah amat penting saya mendapat maklum balas yang benar dan tepat dari pendidik di tempat anak saya belajar agar saya boleh bertindak awal menangani masalah yang timbul. Sebaliknya juga, andai anak saya adalah mangsa keadaan, hal ini harus ditangani dengan cara yang selayaknya.
Meski nampak remeh, tak salah kalau sedari awal kita berhati-hati. Seolah satu fenomena sekarang kes buli menjadi-jadi di luar sana. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan, bukan meletakkan 100% tanggungjawab kepada pihak sekolah.
Mudah-mudahan anak-anak kita dilindungi oleh Allah dari segala macam musibah. Setakat hari ini, anak saya tidak punya masalah untuk ke sekolah.Dia tetap ceria dan bersemangat sebab dia sangat sayangkan cikgu-cikgu dia. Cikgu-cikgu pun baik dan cantik-cantik belaka. Saya tetap bersangka baik dan berdoa tiada lagi berlaku sebarang kecederaan kepada nya yang tomeiii-tomeii.
NOTAKAKI : Jangan disalah ertikan entri saya kerana saya sekadar ingin berkongsi rasa bahawa begitu kuat cabaran menjaga dan membesarkan anak-anak zaman sekarang.

Sunday, 31 March 2013
Homestay di Bandar Seri Putra - Officially Launched
Assalam pembaca,
Mencari homestay di Bandar Seri Putra??
Layari : http://teratak-kecil-adamaya.blogspot.com
Notakaki : Semoga mak, ayah dan Aunty selamat pergi dan pulang menunaikan Umrah.... Aminnn...

Wednesday, 27 March 2013
Yang ku mampu untuk ABAH
Assalam pembaca,
Lama mendiamkan diri menyiapkan beberapa tugasan PhD, masih bertungkus lumus lagi. Menjengah seketika blog sendiri, mencoret sesuatu untuk ABAH.
Bila ku lihat anak perempuan ku membesar dan semakin rapat dengan Papa dia, ABAH pun bersuara,
"Memang anak perempuan macam tu lah. Kau pun sama". Hai... mana lah tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
Sejak Mak dah tiada, aku bertekad untuk melakukan sedaya mampu membalas segala jasa ABAH. Untuk Mak, doa aku titipkan sentiasa sebagai bekalan Mak ke syurga. Untuk ABAH yang dikasihi lagi disayangi, insya Allah, anakanda doakan semoga ABAH dikurniakan kesihatan yang berpanjangan untuk terus beribadah kepada Allah, diluaskan rezeki untuk berinfak ke jalanNya. Apa yang boleh ku lakukan untuk menggembirakan ABAH, akan ku lakukan seandainya aku mampu.
Okay ABAH, yang ter'latest' Samsung SIII Mini semalam tu, hadiah sempena Hari Bapa yang mendatang dannnnnnn.... lepas condition TIP TOP semua, G1M4454 saya, ABAH boleh pakai.
Semoga aku dapat menyiapkan thesis PhD aku dan berjaya VIVA dengan jayanya sebagai hadiah lagi untuk ABAH.
Orang cakap, aku anak ABAH..... herm.... Selagi ABAH ada, hargai lah ABAH. Aku pun anak MAK juga, cuma aku tak pandai mengungkapkan dengan kata-kata..... Mak.... AL FATIHAH.....
Notakaki : Teratak-kecil-adamaya menawarkan Homestay di Bandar Seri Putra serendah RM48/bilik. :-)

![]() |
| My ABAH, the one and only |
Saturday, 16 February 2013
2013 mission - Pre Launch of homestay @Bandar Seri Putra
Assalam readers and my loyal followers,
Alhamdulillah, one more 2013 mission will be accomplished insya Allah this coming March. Your support and positive feedback will be really appreciated. Feel free to view :-
teratak-kecil-adamaya.blogspot.com
Footnote : All Vietnam GiveAway Activity's winners, prizes have been delivered manually and posted to you all. Thank you very much. Xoxo....

Thursday, 7 February 2013
070707-070208-070213 ; 2042 days begin with a single approach+'restu' from both sides
Assalam pembaca,
Berlatar belakang kan muzik yang memberi 150 juta memori, entri kali ini saya coretkan.
Dia tak 'handsome',
Dia tak juga 'romantik'
Dia tak pandai memetik gitar apatah lagi piano
Dia tak pernah meluah kata2 jiwang
Dia jarang nak bergurau senda
Dia tak suka beri bunga ros seperti Seth
dan Dia tak suka berdrama macam filem Hindustan
Ini yang saya suka.
Tapi........
Allah tak beri pada saya..... Allah utuskan Dia...
Seorang yang setia meski tak handsome
Seorang yang realistik meski tak romantik
Seorang yang pandai jaga harta benda meski tak pandai memetik gitar
Seorang yang bertanggungjawab meski tak pernah meluahkan rasa cintanya
Seorang yang kelakar bila kena masanya meski bukan selalu nak bergurau senda
Seorang yang telah memberikan saya ADAMAYA yang jauh lebih bermakna dari bunga ros
Dan seorang yang memikirkan jauh masa depan kami berbanding alam fantasi hindustan
Terima Kasih Allah....
Kerana perancanganMu melebihi batasan nafsu manusia ku... Semoga ikatan yang terjalin antara aku dan Dia memperoleh barakah dari Mu hingga ke syurga....
"Ya ALLAH, satukanlah hati kedua pasangan ini sepertimana Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan sepertimana Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga ALLAH memberkati Rozailin dan Firdaus di dunia dan di akhirat...aminnn Ya Rabbal A'lamin"..

Subscribe to:
Posts (Atom)