200% trust on ALLAH!

200% trust on ALLAH!

Monday, 9 September 2013

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri

Assalam pembaca,

Kisah di satu petang......


Seorang Hamba Allah menyerahkan nota RM50 pada pelayan restoran untuk membayar bil di atas. Selang beberapa minit, wang lebih dikembalikan. Hamba Allah berkenaan menganbil dan mengira jumlah wangnya. Didapati wang yang diberi berjumlah RM59.30.

Apakah yang perlu dibuat oleh Hamba Allah berkenaan???

A) Ambil saja dan terus berlalu
B) Meninggalkan RM9.30 dan ambil yang selebihnya lantas berlalu
C) Memanggil pelayan berkenaan dan nyatakan kesilapan beliau, ambil baki yang selayaknya dan berlalu

Pernahkah anda berdepan dengan situasi begini? Kalau anda berada di tempat Hamba Allah berkenaan, apakah agaknya reaksi anda???

Kalau saya???? 

(Saya tanya anda, anda tanya saya pula... herm... takpe, saya jawab lah :-)).

Dalam situasi sebegini, apakah faktor yang mendorong anda untuk mengambil tindakan berikutnya? Apakah yang menjadi pegangan anda?

Dalam keadaan anda makan berseorangan, belum ramai pelanggan di dalam restoran berkenaan serta pelayan juga tidak sedar yang dia telah melakukan kesilapan.

Maka, apa yang lebih besar dari segala hal yang ada di persekitaran anda haruslah menjadi KEUTAMAAN. Meski tiada pelanggan yang nampak, pelayan juga tidak sedar akan kealpaan dia.... TAPI..... sesungguhnya ada yang memerhatikan anda!

Ingatlah wahai pembaca, tak silap pepatah orang-orang lama. 
"Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri."
Andai anda yakin ada yang memerhati, anda akan sedar, anda telah melakukan kesilapan sekiranya anda memilih jawapan A atau B. Begitu juga dalam hal-hal lain terutama dalam urusan kewangan dalam kehidupan kita.......

Notakaki :  Cantik rupanya ikan senohong ni. First time saya tengok. Namun, kenapa nama ikan ini juga dikaitkan dengan bercakap bohong dan mencuri???? Pasti ada sesuatu yang tersirat... Wallahualam....


Saturday, 7 September 2013

Sarawak.... Tugasan + Terapi

Assalamualaikum Pembaca,

Pejam celik dah bulan September kita. Bulan ni saya pulun memperbetulkan thesis untuk saya submit pada SV. Doakan segala urusan saya dipermudahkan. Berhenti seketika untuk tugasan membentangkan kertas kerja dan terapi minda....


CHECKLISTS:

1) Tiket Belon - SETTLED
2) Hotel - SETTLED
3) Kereta - SETTLED
4) Slides - 1/2 WAY
5)Luggage - NOT YET
5) Passport - SETTLED
6) Registration Fees - SETTLED
7) Journey Schedule - NOT YET
8) Pocket Money - WAITING...... :-D

Notakaki : Kehidupan ada pasang surut, hari ini kita senang, esok belum tentu. Hari ini kita ada mak dan ayah, esok jua belum pasti. Hargai ahli keluarga sementara jasad masih bernyawa...

Tuesday, 20 August 2013

Princess Sofia the First n Ben10 idea of ADAMAYA Birthday Celebration

Alhamdulillah, Salam Eid to all readers,

Last 16th August 2013 was Adam Iman 5th Birthday. This was the second time Mama combined Abang and Kakak Birthday together. Aya Sofya was last 28th May. Try my best to fulfill both of my kiddos so called 'imagination', here come 'simple' and 'cheap' Princess Sofia and Ben10 Birthday Party. Thank You to all family members and guests. Enjoice!



















Footnote : Oh Allah, grant Rozailin Rahman with all energy to correct her thesis ASAP, Aminnnn..


Monday, 15 July 2013

Resipi Puding Roti Bakar bersama Sos Vanilla

Assalam pembaca,

Alhamdulillah, ada rezeki lebih sedikit, saya dapat membeli 'oven' comeyy-comeyy harga RM70 (offer dari Giant). Hari ini perasmiannya saya buat "puding roti bakar bersama sos vanilla"

Taraaaaa.....

Fresh dalam Oven

Dulang Love - Without 'Badam' for kiddos

Dulang Rectangular - With 'Badam' for adults

Sos Vanilla

Mari kita kongsi resipi yang telah saya 'improvised' untuk hidangan 3 dewasa 2 kanak-kanak :-

Puding Roti :-

6 keping roti Gardenia Butterscoth
500 ml fresh milk
Sedikit gula (ikut citarasa)
Secubit garam
1 biji telur
Sedikit badam

Panaskan 'oven' ke suhu 170 darjah

Cara-cara :-
1. Sangaikan badam di dalam kuali dengan api yang paling kecil kemudian simpan dalam tupperware
2. Koyak-koyakkan roti
3. Masukkan dalam bekas
4. Masukkan fresh milk dan kacau perlahan-lahan
5. Masukkan gula dan garam kacau perlahan-lahan
6. Masukkan telur dan kacau perlahan-lahan
7. Masukkan semua adunan ke dalam loyang
8. Taburkan badam secara rawak di atas adunan yang telah dimasukkan ke dalam loyang
9. Bakar pada suhu 170 darjah dan anggaran masa 40-50 minit

Sos Vanilla :-
450 ml fresh milk
50 ml susu tin cair
3 sudu gula
Sedikit esen vanilla
1 sudu tepung kastard
Sedikit air panas

Cara-cara :-
1. Tuangkan fresh milk ke dalam periuk
2. Masukkan susu cair
3. Masukkan gula
4. Tunggu hingga mendidih
5. Di dalam satu bekas lain, masukkan tepung kastard dengan air panas, gaul hingga rata
6. Setelah bahan dalam periuk mendidih, matikan api
7. Masukkan esen vanilla
8. Masukkan tepung kstard yang telah dicairkan dalam air panas tadi
9. Kacau perlahan lahan
10. Tunggu hingga sejuk
11. Masukkan dalam peti ais

Nanti, potong bahagian puding roti, kemudian sira kan sos vanilla ke atasnya. Tiada gambar sebab posting ni dibuat sebelum waktu berbuka... kalau dah potong kena terus makan :-D.

Semoga ilmu yang disampaikan memberi manfaat pada pembaca di luar sana.

Notakaki : Homestay Teratak-Kecil-Adamaya di Bandar Seri Putra fully booked till July 2014. Thank You Allah....


Thursday, 4 July 2013

Merangka Belanjawan Perjalanan

Assalamualaikum Pembaca,

Sempena Ramadhan yang bakal menjelang, saya menyusun semua jari memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap saya kepada anda semua. Semoga Ramadhan kali ini dapat kita hayati dengan penuh nikmat dan hikmah serta segala ibadah dan amalan kita diterima ALLAH, insya ALLAH.

Sejak minggu lepas saya sudah melakukan kajian tentang bajet perjalanan saya dari rumah ke tempat kerja. Di bawah ini adalah hasilnya :-
 

Pilihan manakah yang tepat????


Notakaki : Ya ALLAH, luaskan rezeki Olin dan pembaca-pembaca blog dia seluas-luasnya... Aminnnnnnnn

Friday, 14 June 2013

Anak prempuan seorang - Masya Allah.....

Assalam pembaca,

Lama saya tidak mencoret sesuatu yang boleh membuka minda untuk dikongsi bersama. Komitmen pelajaran meletakkan blog saya bukan sebagai keutamaan. Saya baru habis menjalani mini-viva di peringkat jabatan. Saya punya 3-4 bulan tempoh untuk hantar thesis sblm memulakan semula kerjaya sebagai Pensyarah.

Sejak dua menjak ini, emosi saya sering terganggu tatkala melihat senario yang berlaku di keliling kita. Melihat pada tumbesaran anak perempuan saya, terasa peristiwa 30 tahun dahulu berputar semula. Masyarakat melabelkan, menjaga anak perempuan seorang lebih payah dari lembu sekandang. Di mana kepayahan sebenarnya? Masya Allah..... saya dapat rasakan betapa sukarnya Arwah Mak saya dan abah membesarkan saya. Setiap keperluan saya dipenuhi, saya ditatang bagai minyak yang penuh sehinggakan Arwah Mak jadi risau seandainya 1 hari, saya bakal mengecewakan keluarga.

Masa berlalu dan berkat percampuran dengan kawan yang betul, dibimbing oleh ustaz dan ustazah yang layak, memilih persekitaran yang sihat untuk menjalani kehidupan, saya membina jatidiri untuk menjadi anak, isteri, mama, muslimah yang menghormati orang tua, berbudi bahasa, menjaga maruah diri dan meletakkan agama sebagai asas hidup.

Sayangnya... tidak semua anak di luar sana menghargai kehadiran ibubapa dan ahli keluarga mereka. Ramai yang terus dibelenggu rasa bangga diri dengan apa jua kelebihan yang ada. Rupa paras, harta dunia hatta pangkat dan darjat yang jika disalahguna, kelak memakan diri. Yang lebih menyedihkan, tiada langsung ciri-ciri tersebut namun masih membelakangkan agama, ibubapa dan keluarga. Ini sungguh mengecewakan...

Adik-adik, anak-anak.... Walau seburuk mana pun ibu dan bapa kita, tiada berdosa seandainya anak-anak mengalah memaafkan kekhilafan ibu dan bapa... tidak akan berkurang keberkatan hidup seandainya anak-anak datang bersalaman dan tunduk hormat pada ibu dan bapa.... ruang dan peluang yang ada rugi jika disia-siakan...

Kehidupan ibarat roda... hari ini kita berada di atas, tidak selamanya kita berada di situ... sudah bersediakah kita berhadapan dengan kegagalan? sudah bersediakan kita menghadapi kehancuran??
Tergurisnya hati ibu dan bapa tanpa sengaja apatah lagi disengajakan, dimanakah level kita sebagai anak?

Ibu bapa.... harta bukan segala-galanya.... kasih sayang yang ikhlas lebih bertahan lama dari mahligai dan singgahsana....

Kembalilah kepada Allah.... semoga semua memperoleh barakah.... Wallahualam....

Notakaki : Anak lelaki zaman sekarang juga mencabar minda dan fizikal ibu bapa untuk membesarkan mereka. Here comes, the power of Moms' Doa!

Monday, 20 May 2013

Ada sesiapa berani tanya saya warganegara ke tak?? ;-)