200% trust on ALLAH!

200% trust on ALLAH!

Wednesday, 4 July 2012

Fizikal???? AAK???

assalam readers,

lama sungguh saya tak update blog ni. Bulan JUN 2012 adalah bulan yang sangat menguji minda, fizikal dan mental saya. Alhamdulillah, Bulan itu sudah berlalu. Kini kita sudah memasuki bulan baru dan tak lama lagi akan memasuki bulan mulia, bulan Ramadhan. semoga kita semua dipanjangkan usia untuk terus beribadat kepada ALLAH Ta'ala.

Tahniah buat beberapa sahabat baik saya yang telah selamat melahirkan cahaya mata baru, Faizahrahmat, Halimatul Hanim dan Kak Mashitah Ghazali. Semoga anak-anak ini membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, aminn....

Sama ada anda dilahirkan gemuk, gelap, tak cantik, tak sempurna ;

ATAU Sekarang

Penampilan anda tidak sempurna =  
BUKAN BERAKHIRNYA SEBUAH KEHIDUPAN

Jauh dalam hati saya ada rasa sedikit kesal kerana ramai di kalangan masyarakat di luar sana memandang rendah pada individu-individu yang tidak nampak sempurna di mata mereka. Saya sendiri tergolong dalam golongan yang tak cantik dan tak sempurna. Tapi... ada saya kesah!!!!

Saya pernah gemuk, disuruh untuk cermin diri sendiri dulu sebelum nak suka pada orang. Sampai tahap macam tuh sekali kan... (masih ingat siapa yang cakap tu).

Kemudian saya pernah kurus dan dah beranak pinak gemuk semula. Apa saya perasan, gemuk pun org mengata, kurus pun org mengata. Itu lah orang.

TAPI.... sekali lagik.. ADA AKU KESAH! (hah... dah macam Azwan Ali kata kau!).

Saya cuma pegang satu perkara, orang yang rasa diri dia sempurna, cantik, kurus, putih, tak semestinya dia bagus. Dan org yang gemuk, gelap, tak sempurna ada kalanya 100 kali lebih bagus dari golongan yang rasa diri mereka sempurna.

Saya pernah rasa dihina even skarang pun masih ada yang mengutuk, dan pernah juga berada pada tahap yang sempurna, jadinya, tak ada apa nak dibanggakan sangat pun pada kecantikan sementara. Apa yang penting, apa sumbangan kita pada Allah, pada Rasul, pada ibu bapa, pada orang? Harta benda kita carik hasil usaha kita. Kalau takat bergantungan dengan sesiapa, apa lah sangat nak diriakkan. Dan jgn terlalu yakin, hari ini anda mengata keburukan orang sama ada secara nyata, maya atau tersembunyi, apa yang anda kata tentang orang itu tidak balik semula kepada anda. Renung-renungkan dan selamat bersantai! Tapi saya tetap berusaha untuk mengurangkan kegemukan (saya sedang buat apa yg saya patut buat, NO more promotion for any products or services okay)... sebab utama saya nak sihat, boleh beribadat pada Allah, dapat membesarkan anak-anak saya dan untuk...  eh,  BUKAN untuk mengata orang lain yang gemuk pulak... :-)

Pada saya, dalam usia yang semakin meningkat, fizikal seseorang bukan lah satu isu yang perlu diejek atau dikata. Andai ia berlaku, ternyatalah minda individu itu masih berada di takuk lama dan menyerlahkan sisi ketidakmatangannya. Wallahualam.....


 p/s : Mama Ecah, Zetty Blogger, Cheese Yana and Blue Rose, me still owe you guys... will settled it ASAP.

2 comments:

  1. hehehheehehhe..tetiba termotivated lak bila baca entry olin ni dik.

    kita ni mmg ler..selalu cakap ngan hubby..nak kurus..nak kurus..nak kurus..

    mmg la intanmaria ni..tak reti nak bersyukur..haih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. it is okay kak untuk menjadi cantik, menarik dan tertarik kerana mmg lumrah wanita begitu lah naluri yang Allah beri. selagi kita mampu, ada kudrat, ruang dan peluang untuk memenuhi keinginan itu, apa salahnya. it is good to look good rite? especially for husband. mudah mudahan dengan kurus yang ada, bakal meningkatkan ketaqwaan kita pada Allah, we both can do it :-),insya Allah.

      Delete