200% trust on ALLAH!

200% trust on ALLAH!

Saturday, 28 October 2023

#kisahadamaya update final week for Autumn SEM 1

 Assalamualaikum GrandPas, GrandMas, Uncles, Aunties and all readers!!!

Almost 2 months the children live life as students in a new school, a new environment, new friends, a new system and everything new. A wide range of emotions, variety and responses from these children. There's likes, there's sad, there's interesting not least there's something encouraging.

#kisahadamimanmf

Finally, there's a picture of #adamimanmf at school! Introducing his best friend, Nehaan from Pakistan. Very handsome, right? Mama's already started to dream about making a son-in-law. 😂😂😂😂😂


#kisahayasofyamf

Kakak : Mama, Tomiwa gaduh dengan Zainab.
Mama : Kenapa gaduh? 👀👀👀
Kakak : Sebab Anna buli Tomiwa, lepas tu kawan Tomiwa buli Anna semula, Zainab kawan baik Anna, jadi Zainab gaduh dengan Tomiwa.
Mama : So, Kakak team Tomiwa ke team Zainab?
Kakak : Kakak kawan dua-dua mana ada team siapa-siapa.
Mama : Jadi, apa masalah nya sekarang? 😏😏
Kakak : Tomiwa macam dah tak nak kawan dengan Kakak sebab dia rasa Kakak sokong Zainab.
Mama : Kakak kawan lah dengan Sharjana.
Kakak : Sharjana ada kawan-kawan dia yang lain. 
Mama : Okay kawan dengan Maryam.
Kakak : Maryam Year 10. Nanti dia dah habes sekolah, Kakak dah takde kawan. 
Mama : Kita digest satu-satu. Jauh sangat fikir tu. 

Dalam hati Mama : Memang perempuan complicated eh life 😣😣😣😣... Papa!!!! Tolong selesaikan masalah ni. 

Dalam gambar Maryam sebelum dan selepas.

Kakak : Mama, Maryam cakap, "Kenapa ya saya rasa saya pakai shawl tak cantik ye macam awak?". Pastukan, Kakak kan ada 4 shawl hitam mama beli shoppee aritu kan, Kakak hadiahkan Maryam 1. Okay kan Mama?
Mama : Lawa plak dia pakai shawl hitam pandai ek dia?
Kakak : Kakak lah pakaikan dia lawa-lawa. Lawa kan, lawa kan?
Mama : Lawa lah. Kalau Mama bergambar skali, Mama lagi lawa lah dari korang. habes kau Malaysia kan Maryam ehhh...Hehehehehee..😆😆😆😆

Gitu lah hari2, banyak cerita dari #minnieolin #myangel sorang ni beserta hari-hari dok cakap Kakak rasa Kakak dah gemok, kakak dah gemok. Salah Mama Opah lah ni sape suruh masak sedap-sedap. 

Entah siapa yang salahhhh... ku tak tahuu.... 😥😥😥😥😥




#kisahadamirmf

Ude : Mama, I don't like the song in your car.
Mama : What song?
Ude : The Hindi songs. English songs please.
Mama : Huk alohhh... Yela..yelaa.. nanti mama masukkan lagu BSB, NSYNC, NKOTB, Take That and Westlife ye.

Notakaki : During Parents-Teacher meeting last few days, comments from Teacher Evan:

"Adam Amir is a good boy, fast catch up, behave good but a little bit chatty"

Dalam hati Mama : Memang kepoh pun Teacher, kalau saya cikgu, saya solotip mulut dia dah..hahahahaha 😆😆😆😆😆😆

Ude is coping well with new school and have lots of boy friends.

Mama : Siapa nama kawan-kawan?
Ude : Oh lots... but I like Zack the most! 
Mama : Why?
Ude : Because he's cute.
Mama : Ko jangan macam-macam Ude. Sini mana bleh cakap lelaki cute. Lain takrifannye nanti. 
Ude : Atih boleh Mama cakap cute.
Ude : Aduh... malas betul lah nak argue ngan kau ni.  😖😖😖😖😖 Dah lah. Jap lagi ngaji. Nanti sambung kepoh. 

Oh ya, soalan dari Ude "Kenapa kambing biri-biri nama dia biri-biri?". Sila jawab di ruangan komen. 

#kesayanganhamba 

Finally, #kisahadamfatihmf

During Parents-Teacher Meeting Day

Teacher Kashi : We are so proud of Adam. He is a very good boy and we are really impressed with his performances. Last Monday, he was able to write his own name on the paper.

Mama start 😭😭😭😭 in front of his teacher.

Teacher : Oh Mom...don't cry. We are all here to support you.

Mr. Owen (Teaching assistant) : We all love Adam. He behave so well and he loves building blocks and lego. He's so good with that. 

Mama : We are taking huge decision migrating here for the sake of his education teacher. I really afraid that teachers will see him as burden. 😓😓😓😓😓

Teacher : Oh..no..no..no...we are going to support him along the way. He was brilliant just he don't talk yet. He understand us very well. We will always support him. We all love him so much. 

Mama : Thank You teacher and Mr Owen for being a very supportive support system to Adam Fatih. 

Teacher has send Atih's name to the Special Need Team and we are waiting for our appointment with therapists, audiologist and support team in few week times. May Allah ease all Adam Fatih's journey. 

#myboo #speechdelay




May all kids be good dunia fil akhirat. May Allah save PALESTINE. From river to the sea, Palestine will be free. #doakanyangbaikbaik

Saturday, 21 October 2023

Blog is activated! We are back!!!

Asssalamualaikum to all,

After soooo long, it is about time to activate back this lovely blog. This time my focus will be more to #kisahADAMAYA.

#throwbackpost

Hijrah is not an easy decision. Maybe for some people the first day of school is a normal thing. However, for the four of them, new atmosphere, new school, new friends, new system, everything is new.

"Ya Allah, please protect #adamimanmf,#ayasofyamf,#adamamirmf and #adamfatihmf from all harm.

Let them meet with good friends, good teachers, good vibes and keep them focused on gaining knowledge because of You. Ameennn".

#adamimanmf #myprecious #23weekers
 

#ayasofyamf #myangel #minnieolin

#adamamirmf #kesayanganhamba
#adamfatihmf #myboo #speechdelay


Sunday, 12 January 2020

Hectic Week Ended with positive vibes.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

Minggu kedua 2020 telah berlalu, apa yang telah anda lalui????

Saya????


  • Urusan pendaftaran anak-anak-anak ke tadika dan sekolah.



  • Kelas Tuisyen BM & BI Adam Iman bermula.



  • Mesyuarat dalam dan luar universiti.



  • Menyediakan soalan survei untuk pelanggan. 



  • Memulakan sessi latihan pengajaran dan pembelajaran yang sangat mencabar pada Adam Amir.


Sangat HECTIC!!

Finally!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


This is the best part for the rest of the week!!!

"Ya ALLAH, peliharalah ibu bapa kami, kurniakan mereka kesihatan yang terbaik dan limpahi mereka dengan kelapangan untuk beribadah kepadaMU.... ameennnn...."

Notakaki : Perjalanan yang indah apabila masih ada ibu ayah. Hargailah mereka sementara masih punya masa..


Wednesday, 1 January 2020

Azam 2020

Assalamualaikum dan Salam Wawasan 2020 kepada semua pembaca yang budiman.

Berikut adalah Azam 2020 saya, Rozailin binti Abdul Rahman:-

1) Kembali menjadi penulis aktif bagi blog yang saya rindui ini.

2) Mensasarkan sessi pengajaran dan pembelajaran yang konsisten terhadap anak-anak terutama Adam Iman MF (Tahun 6, UPSR & PSRA) dan Adam Amir MF (Persediaan Ujian Kemasukan Tahun Satu SRAIBBB). 

3) Sehari RM1 untuk 5 tabung (Mama, Abang, Kakak, Ude & Atih).

4) Penerbitan sekurang-kurangnya di dalam 2 jurnal.

5) Membentangkan sekurang-kurangnya 2 kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Akhirat:

1) Berusaha menjadi hamba ALLAH, isteri, mama, anak dan pekerja yang baik.

2) 2 kali khatam.


3) Puasa sunat Isnin Khamis.


Ya ALLAH, kurniakan kekuatan kepada hambaMu, Rozailin Abdul Rahman untuk merealisasikan Azam 2020 nya... ameeennnnnn...  

Notakaki : Tabung Sudah Sedia! Ayuh Mula!





Wednesday, 21 March 2018

Very-very-very long time no updates!!!! What's up dear?????

Assalamualaikum to all readers,

Terlalu lama tidak menulis di dalam blog ini. Berhabuk dah sangat. 3 tahun lamanya, macam-macam sudah dicapai, belum tercapai dan berusaha untuk mencapaikan. Seiring dengan usia yang meningkat, bertambah lah jua tanggungjawab, tugasan, peranan yang perlu dilaksanakan moga menjadi bekalan di alam sana. 

Buat semua ahli keluarga dan sahabat handai, andai ada silap dan salah, terlebih kata terlanjur perilaku, ampun dan maaf dipohon dari sebesar zarah hingga ke sebesar alam. Tidak bersua, tidak bersapa, tidak kunjung mengunjungi, tidaklah bermakna kalian dilupai. Doaku sentiasa bersama untuk kesejahteraan kalian moga dilindungi Yang Maha Esa. #doakanyangbaikbaikaje.

Will regularly update, may ALLAH grant me with all health and wealth....ameeennn...


Notakaki : Terbaca Blog Kakak Kesayanganku, Datin Dr Irwani Abdullah, terus terdetik nak update blog sendiri. Love You Kak Wani. 💋

Friday, 2 January 2015

Trofi 4 2014, doa 4 barakah 2015

Assalam pembaca yang disayangi,

Terlalu lama membiarkan ruangan di sini sepi-sunyi-senyap-tiada berita. Kesepian-kesunyian-kesenyapan-ketiadaan berita selama ini memberi ruang dan peluang untuk menyelesaikan segala urusan yang tertunggak serta mejalankan tanggungjawab yang sudah lama ditinggalkan dan melaksanakan misi yang menjadi azam 2014.

Dengan izin Allah jua tiada yang lebih Maha Berkuasa, kemuncak perjalanan 2014 diakhiri dengan 2 perkara luar biasa.

"CONGRATULATIONS DR ROZAILIN, YOU HAVE PASSED YOUR PHD WITH MINOR MODIFICATIONS" 
(Prof. Dr. Khalid Abdul Rahim) - 10 November 2014 11.30 pagi, Bilik Viva 3, Sekolah Pengajian Siswazah, UPM.

&

"ALHAMDULILLAH. TAHNIAH PUAN. ANAK PUAN LELAKI"
(Putri Nor Saadiah) - 28 Disember 2014, 4.30 petang, Bilik 16 Dewan Bersalin Hospital Serdang.

Tiada yang mampu saya zahirkan dari ungkapan syukur ALHAMDULILLAH pada Allah Taala, setinggi-tinggi penghargaan buat suami MUHAMMAD FIRDAUS BIN MAHMOOD kerana dengan izin dan redha beliau lah saya dapat mengecapi kedua dua kejayaan yang menitiskan airmata suka dan duka ini. Redha abah ABDUL RAHMAN BIN JAMAT, ayah mertua MAHMOOD BIN AMIR, ibu mertua RUBIAH BINTI PUTEH, doa dari semua ahli keluarga MOHD ROZAIDI ABDUL RAHMAN dan keluarga dan MOHD ROZMEE ABDUL RAHMAN serta keluarga, semua ahli keluarga, ipar duai, sahabat handai, seteru luar dan dalam, semua yang terlibat secara langsung atau tidak dan semua pemudahcara, hanya Allah jua yang membalas segala bantuan dan pertolongan kalian sepanjang masa.

Pesan saya selalu pada semua sahabat, sebagai seorang hamba, REDHA Allah perlu didamba. Sebagai seorang isteri, REDHA suami amat dituntuti, sebagai seorang anak, REDHA ibu bapa dan ibu bapa mertua wajar ditelusuri, sebagai seorang pelajar, REDHA pensyarah amat dikehendaki dan sebagai seorang biasa, binalah kehidupan yang menyenangkan orang lain sedaya mampu. INSYA ALLAH, penghujungnya akan ada kemanisan selepas pahit maung diredahi dengan REDHA.

"TERIMA KASIH ALLAH
TERIMA KASIH RASULULLAH
TERIMA KASIH SUAMI
TERIMA KASIH ABAH
TERIMA KASIH KELUARGA
TERIMA KASIH SAHABAT
TERIMA KASIH ADAMAYA"

 

  Ini lah trofi dari Allah buat ku...

ADAM AMIR BIN MUHAMMAD FIRDAUS



P/S : Semoga 2015 berlangsung dengan penuh barakah dan diriku serta seluruh ahli keluarga ku dan sahabat handai berada di bawah lindungan Allah hendaknya, luas rezeki kita semua, dikurniakan kesihatan untuk terus beribadat kepadaNya....aminnnn....

Monday, 17 February 2014

Ahmad Ammar - Pencetus Kebangkitan Ummah

Assalam readers,

Alhamdulillah, I am still here. Too busy with dunia fil akhirat itenary.  Insya Allah, will be back on track after this....  For those who would like to place an order for this Great Late Ahmad Ammar's book, please PM me 'laju-laju' @0192334454. RM23 plus postage. Very limited edition. Sharing is Caring,  May Dakwah continue.... aminnn...


 Footnote : Oh Allah, do grant Rozailin and all her friends with all health and wealth, aminnnn...