200% trust on ALLAH!

200% trust on ALLAH!

Monday, 8 August 2011

Best Friend Forever (BFF)

Assalamualaikum kepada pembaca blog saya.

Pejam celik, dah masuk minggu kedua rakyat Malaysia menjalani ibadah puasa. Semoga ibadah kita tahun ini lebih baik dari tahun lepas dan memperoleh ganjaran dari Allah Ta'ala. Insya Allah.

Saat saya menulis entri kali ini, ingatan saya jauh melayang kepada barisan sahabat-sahabat saya sedari sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian, Johor), sekolah menengah (Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, N9), universiti ijazah pertama saya (Multimedia University, Malacca), universiti ijazah sarjana saya (Loughborough University, UK), university tempat saya mengambil doktor falsafah (Universiti Putra Malaysia) hinggalah ke tempat kerja yang memberi saya rezeki setiap bulan hingga kini (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). Dengan berlatar belakangkan lagu Kisah Kita nyayian Alyah, satu demi satu wajah-wajah sahabat-sahabat saya bermain di minda dan seolah melambai-lambai di hadapan mata saya kini.

Jujur, saya katakan, saat saya menonoton episod Stanza Cinta malam tadi, 07 Ogos 2011, saya turut merasai penderitaan watak yang diberi nama Amni di atas pemergian sahabat baiknya Humairah kerana barah hati.

"Doktor tak ada hak nak ambil nyawa dia! Humairah ada hak untuk hidup!" Amni mempersoalkan keputusan yang diambil oleh doktor untuk mengentikan mesin pernafasan kawan baiknya dan terpaksa membiarkan Humairah pergi takkan kembali.

Setakat hari ini, alhamdulillah. Masih belum ada mana-mana sahabat baik saya yang pergi meninggalkan saya dalam apa keadaan jua. Sama ada kemalangan, sakit atau apa jua sebabnya. Saya sangat bersyukur pada Allah, dalam dunia yang serba moden di mana terlalu ramai manusia hipokrit, bertuhankan nafsu dan berkiblahkan materi, saya masih punya sebahagian sahabat yang sudi meminjamkan bahu di saat saya memerlukan, yang sudi menghulurkan nasihat secara gratis saat saya dalam kesedihan, yang mengkiritk saya secara ikhlas tanpa berniat untuk menjatuhkan apatah lagi mengaibkan saya, yang tak putus-putus memberi semangat pada saya untuk mengharungi setiap cabaran yang saya lalui sehingga mengorbankan masa dan tenaga meraka. Kawan datang dan pergi. Hanya hadir bila kita senang dan meninggalkan kita saat kita tersungkur. Hanya sahabat yang ikhlas yang masih bertahan dengan diri saya, menerima setiap kelemahan , keburukan dan kekuatan saya. Terima kasih sahabat. Semoga setiap sahabat yang mendoakan kejayaan saya di dunia dan akhirat akan memperoleh ganjaran yang terbaik dari Allah selama mana kalian patuh dan taat pada Yang Maha Esa. Saya tujukan lagu ini buat kalian yang masih sudi bertemankan saya. Lirik di atas sana dalam lagu ini boleh diandaikan "menuju ke puncak kejayaan" dan cinta yang bersatu adalah "cinta kita dengan Illahi". Semoga ukhwah ini terjalin bukan sahaja di dunia, malah menjadi bekalan kita di akhirat. Kalian antara beribu sahabat yang sangat meninggalkan kesan dalam perjalanan hidup saya selama ini dan saya tidak akan dapat membalas segala ilmu, budi, pengetahuan, masa, tenaga kalian pada saya. Hanya Allah yang akan membalasnya....

SKBP (Nur Alifah, Fara Wahida)

SMSTJ (Khairayu, Faizah Rahmat, Ruzawati, Roziah Aziz, Naza Wakiran, Noraziana, Faridah Salleh, Qistina, Atfina, Leyla, Dayah)

MMU (Aishah, Shelli, Faradela, Wan, Elly, Ajan, Kak Noi, Kurtwear, Afizan, Mai, Wahidah, Fendy Ahmad)
 
Loughborough (Kak Amal, Kak Ct Hamidah dan suami , Kak Wani dan suami)

UPM (Nadya, Fyna, Nurul, Husna, Hilda, Muaz)

UIAM (Kak Jun, Kak Hawa, Kak Ani, Kak Ati, Kak Huda, Aisyah n Syukri)

P/S : Hargailah sabahat yang ada sementara mereka masih ada di sisi...
"Ya Allah, kurniakan kesihatan dan panjangkan usia Rozailin, saya dan sahabat-sahabat semua untuk terus beribadat kepada Mu, beramal kepada agamaMu dan dapat mendidik serta membesarkan anak-anak kami semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, amin Ya Rabbal A'lamin...."

Wallahualam


 Petikan lagu Kisah Hati, OST Stanza Cinta

No comments:

Post a Comment